Perhimpunan 31 Disember revolusi guling kerajaan?

Perhimpunan besar-besaran yang dirancang pada 31 Disember, bersempena dengan sambutan Tahun Baru adalah satu revolusi untuk menjatuhkan kerajaan, kata kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat.
Dalam akhbar edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini, Awang Selamat berkata, tarikh berkenaan dipilih penganjur tidak lain hanyalah untuk menarik perhatian media asing kononnya rakyat Malaysia memberikan sokongan terhadap perhimpunan yang menggunakan nama "Bersih" itu.
"Setelah gagal untuk menggulingkan kerajaan menerusi amalan demokrasi dan peti undi, strategi sekali lagi beralih kepada cara revolusi.


31 Dis: Polis buat lawak, Umno guna alasan bodoh

KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menempelak tindakan pihak polis yang membuat tangkapan terhadap rakyat yang ingin berhimpun secara aman pada 31 Disember ini bersempena protes kenaikan harga barang.

Terbaru, pihak polis telah menangkap Pengerusi Gerakan Turun Harga Barang (Turun), Azan Safar pada 23 Disember di mana siasatan adalah berdasarkan kepada Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam 2012 dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

“Juham melalui barisan peguamnya telah turun untuk membantah permohonan lanjutan reman oleh pihak polis,” kata Pengarah Juham, Noorazmir Zakaria dalam satu kenyataan.

Majistret kemudiannya, kata beliau telah menolak permohonan lanjutan reman oleh pihak polis dan Azan Safar telah dibebaskan lewat petang semalam.

Menurutnya, Juham amat terkejut dengan dakwaan pihak polis yang memberikan alasan bahawa tangkapan Azan Safar adalah kerana beliau disyaki terlibat di dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

“Lawak jenaka apakah ini apabila mengaitkan tangisan rakyat terhadap kenaikan harga barang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan?” tanya beliau. 

0 comments: