TURUN DATARAN MERDEKA TANDA SOLIDARITI UNTUK RAKYAT

Sempena hadiah tahun baru 2014 dengan kenaikan pelbagai harga barang oleh Kerajaan UMNO BN pimpinan Perdana Menteri Najib, pemuda PAS akan memobilisasi seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk turun ke Dataran Merdeka pada malam tahun baru yang tinggal beberapa hari sahaja lagi dari sekarang.

Ini bukan soal menggulingkan kerajaan atau tidak, tetapi himpunan ini adalah tuntutan demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan lebih-lebih lagi disaat perut rakyat diikat ketat dengan segala peningkatan kos sara hidup.

Saya akan turun di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembeling tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti.

Saya tegaskan. Kita tolak ketepi soal siapa menggulingkan siapa, malam 31 Disember 2013 ini merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yg amat mendadak ini.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Pemuda PAS Malaysia

0 comments: