selawat-salam-maulidur-rasul

"Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka ALLAH akan selawat kepadanya 10 kali" 
- Riwayat Muslim

3 comments:

sabar-amal-diam-senyum-khusyuk

Harta yang paling menguntungkan ialah
SABAR
Teman yang paling akrab adalah
AMAL
Pengawal peribadi yang paling waspada
DIAM
Bahasa yang paling manis
SENYUM
Ibadah yang paling indah tentunya
KHUSYUK

0 comments:

Kejujuran

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu oenting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang...

0 comments:

Kenyataan 'kangkung' PM jadi bahan jenaka [MALAYSIAKINI]

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung di Kemaman semalam kini disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet.

Klik untuk tonton video youtube

Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.

Malah, terdapat juga pengguna yang membariskan beberapa gambar yang disunting dengan memasukkan dialog menyindir perdana menteri sebagai memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis:

“Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)!”

Najib semalam dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.

“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Sementara itu, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil menyelar tindakan warga maya itu yang menurutnya tidak rasional.
"Tak payah kecoh pasal kangkung. @NajibRazak (Najib) bagi contoh bukan semua benda naik harga.

"Ada yg naik sebab faktor cuaca dan lain-lain. Rasional sikitlah," tulisnya di Twitter.

0 comments:

Kelantan tubuh pasukan khas banteras pembalakan haram

KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan mewujudkan satu pasukan khas bagi menyiasat aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah secara haram seperti yang dilapor berlaku di Hutan Simpan Lebir berhampiran Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang.
         
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya mempunyai maklumat tidak rasmi berkaitan aktiviti itu di Hutan Simpan Lebir dan akan segera mengambil langkah sewajarnya bagi membendung kegiatan berkenaan.
         
"Pasukan ini ditugaskan untuk membantu kerja menyelia, menyiasat dan memantau aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lebir sebab kita ada maklumat tetapi tidak ada bukti yang jelas," katanya kepada pemberita selepas Program Watikah Penyampaian Pelantikan Penghulu Peringkat Kelantan semalam.
         
Beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa mencari pendekatan terbaik bagi mengawal dan menghalang tindakan pihak tertentu menjalankan aktiviti pembalakan.
         
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata Kelantan berharap kerajaan pusat meluluskan peruntukan membina tebatan banjir di Sungai Golok dan Sungai Kelantan bagi mengurangkan risiko yang dialami negeri itu saban tahun.
         
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mewujudkan sistem Profil Mukim, yang dikendali oleh semua penghulu yang dilantik tahun ini.
         
Menerusi sistem ini, penghulu perlu membuat pendaftaran dan semakan terhadap anggota mukim di kampung mereka bagi membantu exco membuat perancangan gerak kerja, terutama exco pembangunan masyarakat, katanya. - Bernama

0 comments:

Guru disaran beriadah kurangkan stres

KUALA LUMPUR: Meluangkan masa beriadah dan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu menjadi antara kaedah terbaik yang boleh diamalkan guru bagi mengurangkan tekanan kerja.
           
Aktiviti seumpama itu juga dapat memastikan mereka sentiasa kekal cergas, cerdas dan sihat, kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan.
           
Beliau berkata melakukan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara berkala mampu membantu guru mengoptimumkan penjagaan kesihatan, apatah lagi mereka kini berdepan pelbagai cabaran dunia pendidikan yang menuntut mereka untuk terus bermotivasi dan meningkatkan produktiviti.
           
"Sekiranya guru 'cuai' menjaga kesihatan, ini menyebabkan mereka tidak bermaya, tidak bertenaga atau tidak sihat...Apabila kurang sihat mereka ambil cuti sakit dan ini menjurus kepada proses pembelajaran tergendala," katanya ketika dihubungi Bernama.
           
Menurutnya, apabila seorang guru memberi contoh penjagaan kesihatan yang baik, amalan mereka itu secara tidak langsung boleh dicontohi pelajar.

Berkongsi pandangan sama, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan yakin guru sememangnya memikirkan soal kesihatan, namun risau dan prihatin terhadap prestasi murid menyebabkan ada yang terlepas pandang kerana bertungkus-lumus menyiapkan segala tugasan.
           
Peka akan pentingnya penjagaan kesihatan dalam kalangan guru mendorong Koperasi Yayasan Guru Malaysia Bhd (KYGMB) menawarkan kad perubatan komprehensif dikenali sebagai MediSihat bagi memudahkan golongan itu mendapatkan rawatan.
           
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah KYGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata produk yang akan diperkenal dalam masa terdekat itu menawarkan polisi insurans perubatan bagi penghospitalan dan pembedahan sehingga RM450,000, selain perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM150,000.
           
Untuk tujuan itu, pihaknya baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan Pathlab Health Management Sdn Bhd, sebuah makmal patalogi dan klinikal.
           
"Kesihatan adalah aspek penting yang harus diberi perhatian oleh guru, dan kami berharap dengan adanya kemudahan seperti ini mereka sentiasa menjaga kesihatan mereka selain mendapat perlindungan kos rawatan sewajarnya," katanya.
           
Keunikan kad MediSihat ini termasuk faedah menjalani pemeriksaan darah komprehensif di hampir 50 cawangan Pathlab.
           
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu berkata pihak koperasi bersedia memberi pinjaman sehingga 10 tahun kepada ahlinya untuk membiayai premium insurans secara keseluruhan, manakala bayaran balik kepada koperasi dilaksanakan melalui potongan gaji.
           
Justeru, guru-guru digalakkan berdaftar sebagai anggota koperasi bagi memudahkan mereka menikmati keistimewaan kad itu, katanya. - Bernama

0 comments:

Kesulitan hidup patut jadi faktor penyatu rakyat

KUALA LUMPUR: “Alangkah baiknya jika agensi-agensi agama, agamawan dan rakyat sentiasa berbicara mengenai penindasan, salahguna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Naib Presiden PAS itu, apabila perkara asas diberi tumpuan, maka kesejahteraan dan keharmonian rakyat mendapat pembelaan dan penambahbaikan.

Beliau menambah, kerajaan yang ada pula ditekan untuk mentadbir dengan berhemah, baik dan adil.

Selain sukan, ujarnya perkara-perkara seperti penindasan, salahguna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah patut menjadi faktor penyatu rakyat Malaysia.

“Bersatu melawan kemungkaran, bersatu untuk mendesak negara ditadbir dengan baik dan berkesan dan bersatu untuk mengekalkan kehidupan berkualiti pada kos hidup yang berpatutan dalam negara,” ujarnya menerusi facebook sekadar lontaran.

0 comments:

Mangsa banjir Pasir Mas meningkat

KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di jajahan Pasir Mas meningkat pagi ini kepada 2,593 orang berbanding 1,684 malam tadi.
         
Menurut portal e-Banjir, mangsa banjir daripada 1,065 keluarga itu ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara di sekitar Rantau Panjang.
         
Setakat 8 pagi ini, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang turun kepada 10.17 meter berbanding 10.31 meter malam tadi, namun masih di atas paras bahaya 9 meter.
         
Jalan yang masih ditutup kepada kenderaan ringan ialah jalan alternative Rantau Panjang ke Jeli di Panglima Bayu, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang di Km11, dan Km3 Jalan Pengkalan Rakit.
         
Cuaca dilaporkan cerah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama

0 comments:

Jom tandatangan bantah barang naik

SHAH ALAM: Jingga 13 Malaysia hari ini melancarkan kempen 1 juta tandatangan bagi membantah tindakan kerajaan yang menaikan harga minyak termasuk tarif elektrik sehingga berlakunya berlakunya rantaian kenaikan barang keperluan yang lain.

Kempen yang bermula di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan diperluaskan ke seluruh negara sehingga bulan Mac nanti.

Timbalan Koordinatornya, Amizudin Ahmat menjelaskan Jingga 13 amat perihatin terhadap kesusahan yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Katanya, atas keperihatinan tersebut tandatangan yang berjaya dikumpul ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berserta dengan memorandum sebagai tanda desakkan rakyat atas kesulitan yang mereka hadapi.

"Bermula hari ini kita memulakan kempen 1 juta tandatangan rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga barang.

"Kempen ini akan berterusan ke seluruh negara dan berakhir di Sabah pada bulan Mac nanti, ke semua tandatangan yang berjaya kita kumpul akan diserahkan kepada kerajaan berserta dengan memorandum bantahan," jelasnya pada sidang media.

Menurut beliau kempen ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan.

"1 juta tandatangan adalah menunjukkan protes rakyat dan kita mahu kerajaan tahu apa yang ditentang oleh rakyat akibat keputusan tersebut.

"Kita akan terus bertemu dengan rakyat dan meminta sokongan mereka melalui tandatangan agar usaha murni bantahan kenaikan harga barang ini berjaya," sambung beliau.

Menurutnya lagi, selain daripada tandatangan yang dikumpulkan secara bertemu dengan rakyat, mereka yang ingin menyertai bantahan tersebut secara dalam talian di http://change.org/en-GB/petitions/rakyat-malaysia-bantah-barang-naik.

Jelas beliau, Jingga 13 akan terus mendesak kerajaan di bawah Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan segala kenaikan kos sara hidup ini dan lebih memahami kesusahan yang dialami oleh rakyat akibat kenaikan berantai.

0 comments:

Isu kalimah Allah agenda politik - Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari mempersoalkan siapa sebenarnya keliru dalam isu kalimah Allah yang telah ditimbulkan sejak kebelakangan ini.

Beliau pada program wacana "Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible, antara undang-undang dan sensitiviti agama" anjuran PAS Lembah Pantai semalam di KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) menjelaskan golongan yang keliru adalah mereka yang tidak mengetahui apa itu Islam secara mendalam.

"Saya tidak nampak siapa yang keliru dalam isu ini, penjelasan daripada penganut Kristian dan mereka yang hadir mendengar wacana tidak ada seorang pun yang keliru.

"Malah di luar sana kebanyakkan mereka boleh menerima kerana tidak ada satu pun ancaman yang timbul.

"Kalau tidak ada yang keliru, jadi mereka yang memperbesarkan isu ini sebenarnya keliru. Kalau golongan yang faham sebenarnya erti Islam tidak timbul perasaan keliru tetapi jika sebaliknya inilah yang terjadi," jelas beliau di hadapan kira-kira 200 yang hadir.

Beliau yang turut mempertikaikan pandangan sesetengah pihak mengatakan wujud ancaman kepada umat Islam di negara ini apabila kalimah Allah diguna oleh masyarakat Kristian.

Katanya, masyarakat Islam merupakan golongan majoriti di negara ini dan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, adalah suatu yang mustahil jika golongan Kristian yang minoriti mampu mengancam keamanan negara ini.

"Wujud ancaman, saya tidak nampak langsung ancaman kepada umat Islam di negara ini. Kita berada dalam kelompok majoriti dan bagaimana golongan minoriti dapat mengancam kita.

"Semua kenyataan tersebut tidak boleh diterima akal, negara mempunyai undang-undang dan kita berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama rasmi, jadi bagaimana Kristian boleh timbulkan ancaman.

"Saya tegaskan Perlembagaan yang ada tidak pernah gagal dalam pelaksanaannya, tetapi yang gagal adalah kita yang tidak dapat memahami roh dalam Perlembagaan tersebut termasuk juga gagalnya kita memahami apa Islam sebenarnya," sambung beliau.

Menurut beliau, isu yang telah ditimbulkan ini telah memberikan publisiti negatif kepada negara di peringkat antarabangsa kerana gagal mewujudkan suasana hormat menghormati antara pelbagai kaum dan anutan agama.

Malah jelasnya lagi, isu tersebut sengaja disebarkan bagi tujuan keuntungan kepada pihak tertentu sahaja.

"Negara ini telah mendapat publisiti negatif secara percuma kerana kita gagal mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati antara pelbagai kaum dan agama.

"Agenda ini hanya untuk keuntungan kepada pihak tertentu sahaja, yang bertujuan untuk kepentingan politik serta mengalihkan isu yang lebih penting seperti bebanan hidup yang dihadapi oleh rakyat.

"Sebelum ini isu 13 Mei dihangatkan bagi menakutkan orang Melayu terhadap kaum Cina, kemudiaan Syiah pula diperluaskan dengan menuju kepada pimpinan PAS sebagai menarik undi Melayu dan sekarang cuba menakutkan Melayu dengan Kristian, jadi agenda-agenda sedemikian kita perlu berhati-hati agar tidak termasuk dalam perangkap," jelasnya.

Beliau yang meminta agar semua pihak membuat tindakan susulan untuk merungkaikan kekeliruan dan salah faham yang sengaja disebarkan oleh pihak tertentu untuk mendapat keuntungan politik semata-mata.

"Isu seperti ini memang diberi perhatian oleh masyarakat Melayu dan saya berharap usaha yang bersungguh-sungguh perlu dibuatkan bagi memberi penjelasan kepada orang Melayu agar mereka lebih faham dan tidak termakan dengan komen atau pandangan sempit serta negatif yang tidak selaras dengan masyarakat majmuk negara ini.

"Sebagai umat Islam yang sepatutnya menegakkan yang makruf dan menegahkan yang mungkar, sepatutnya mereka perlu hayati konsep Islam itu yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebelum ini untuk kesejahteraan seluruh masyarakat dunia dan bukan untuk golongan tertentu sahaja," sambung beliau.

Beliau yang pada masa yang sama turut memberitahu apa yang diperkatakan bukan bermaksud menentang keputusan istana tetapi bagi meredakan kekeliruan yang wujud dalam masyarakat negara ini terutamanya golongan Melayu.

Turut menjadi panel pada wacana semalam adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Setiausaha Agung National Evangelical Christian Fellowship Malaysia (MECF), Eugene Yapp.

0 comments:

Banjir gelombang kedua landa Terengganu

KUALA TERENGGANU:  Banjir gelombang kedua mula melanda Terengganu apabila 155 orang daripada 45 keluarga di daerah Kemaman dipindahkan sejak awal pagi semalam.
               
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 9 pagi ini,  tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah itu iaitu Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang (26 keluarga), Berek Kilang Padang Kubu (33 orang dari lapan keluarga) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang dari 11 keluarga).
               
Kesemua mereka mula berpindah ke pusat pemindahan kira-kira pukul 8 pagi semalam berikutan kawasan kediaman mereka yang rendah dinaiki air limpahan hujan.
               
Dalam kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini, daerah Kemaman merupakan kawasan yang teruk terjejas menyebabkan berpuluh ribu orang terlibat dalam musibah itu.
               
Sementara itu, di daerah Kuala Terengganu, cuaca buruk pagi ini dengan angin kencang disertai hujan lebat sekali-sekala. - Bernama

0 comments:

Hujan lebat: 10 keluarga di Pahang berpindah

TEMERLOH: Hujan lebat sepanjang dua hari di seluruh Pahang telah mengakibatkan beberapa buah kampung di daerah Lipis dilanda banjir dan setakat ini 10 keluarga telah dipindahkan.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, pada masa ini 10 keluarga di Kampung Seberang Jelai sudah dipindahkan ke masjid kampung berkenaan bermula malam semalam.

Katanya, air sungai juga semakin naik di sebelah Mela dan Kerambit di daerah Lipis.

Sementara itu bandar Sungai Lembing di Kuantan mula dinaiki air banjir semalam dan beberapa laluan terputus.

Menurut laporan pihak berkuasa, pada masa ini berlaku hujan lebat peringkat kuning (hujan sekejap-sekejap kadang kala lebat) melibatkan Kuantan dan masih berterusan.

Bagaimanapun air laut pasang tidak tinggi dan bacaan paras air sungai-sungai utama di Kuantan masih di paras normal.

Bagaimanapun pihak tersebut menasihatkan kepada penduduk di kawasan-kawasan rendah seperti kawasan Pandan, Lubuk Puyu, Chendering, Kampung Belukar, Kampung Jawa, Sungai Tiram dan kawasan sekitar diminta bersedia berikutan air dari Sungai Lembing bakal melimpah ke Sungai Kuantan.

Bulan lalu, sembilan daerah di Pahang dilanda banjir besar. Paling teruk ialah di daerah Kuantan dengan kira-kira 30,000 terpaksa berpindah.

Dalam pada itu, Pengerusi Prihatin Rakyat Lajnah Kebajikan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, berkata pihaknya bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir besar

0 comments:

'Defisit', ibu terpaksa catu belanja harian

SHAH ALAM: "Tahun 2014 amat menyeksakan dan tiada lagi baki gaji untuk simpanan," luah seorang ibu tunggal ketika bercerita tentang cabaran 2014 kepada Harakahdaily.

Norziana Zainuddin, 34 (gambar) bekerja sebagai kerani di syarikat perumahan di Setia Alam melihat tahun 2014 merupakan tahun yang berat untuk diharungi dan memberi tekanan kepada diri beliau sekeluarga.

Ibu kepada dua orang anak ini menjelaskan, dengan pendapatan sekitar RM1500 sebulan dan tinggal di kawasan Lemmbah Klang, beliau tidak mampu lagi untuk berbelanja seperti tahun-tahun sebelum ini dan terpaksa mencatu perbelanjaan.

Malah lebih teruk katanya, pendapatan bulan itu langsung tidak ada bahagian untuk simpanan kerana senuanya cukup-cukup untuk perbelanjaan barangan keperluan..

"Ayat paling mudah nak saya katakan adalah tahun yang menyeksakan. Semua kena dicatu dan dirancangkan dengan teliti jika ingin berbelanja.

"Dengan pendapatan yang saya perolehi ini, kalau dulu ada juga simpanan walau sedikit tetapi sekarang tidak lagi, malah pengiraan sekarang tahap negerif," jelas beliau.

Dua anaknya, Muhammad Danish Zharfan, 10 dan Nurhanania Batrisyia, 7 tahun masing-masing bersekolah Maahad Tahfiz di Kapar yang yuran pendaftaran sekolah mereka sebanyak RM980 dan RM800 setiap seorang.

Tambahnya lagi, beliau hanya menyelesaikan yuran sekolah bagi seorang anak sahaja terlebih dahulu, manakala yuran bagi anaknya seorang lagi akan diselesaikan bulan hadapan.

Katanya, walaupun malu tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan bagi memastikan wang yang ingin digunakan bagi keperluan lain yang lebih utama tidak tergendala.

Menurutnya, disebabkan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang melambung, beliau terpaksa 'ikat perut' dan perlu berbelanja dengan lebih teliti.

"Sebelum minyak (petrol) naik saya hanya perlu mengeluarkan RM240 sahaja untuk minyak sebulan, tetapi sekarang lebih RM300 sebulan dan itu hanya untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja sahaja.

"Kalau campur sewa rumah, barang dapur, keperluan-keperluan lain, bil-bil dan keperluan anak-anak sekolah, apa yang mampu saya lakukan dengan jumlah gaji yang saya perolehi," jelasnya.

Tegas Norziana, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, dengan jumlah gaji yang sama, perbelanjaan beliau boleh dikatakan mencukupi untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga biarpun tidak boleh bermewah-mewah seperti orang lain.

Namun selepas itu katanya, keadaan makin menghimpit apabila satu-persatu harga barangan diumum naik oleh kerajaan.

"Memang hidup tertekan, tetapi terpaksa diteruskan walaupun ikat perut dan catu makan saya sekali sehari.

"Harapan saya agar kerajaan dengar suara rakyat, jangan menyiksa rakyat.

"Ini ke balasan kerajaan terhadap rakyat, mana janji sebelum ini," jelas beliau dalam nada kesal.

0 comments:

Polis siasat Mufti Perak kes ‘bughah’ - KPN

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai komen beliau bahawa darah mereka yang berhimpun dalam protes ambang tahun baru adalah halal atau 'bughah', lapor The Malaysian Insider.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu wartawan di Bukit Aman hari ini bahawa Harussani telah ditemubual oleh polis tentang komen beliau itu.

"Sebarang kenyataan yang dianggap sebagai ugutan kepada keselamatan negara akan disiasat secara mendalam, tak kiralah siapa yang membuat kenyataan itu," katanya.

Beliau menidakkan kenyataan bahawa hanya sesetengah orang sahaja yang boleh mengugut keselamatan negara.

"Kita menyiasat semua orang tetapi rakyat hanya berminat kepada sesetengah pihak sahaja," Kata Khalid kepda media.

Harussani ketika mengulas Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka 31 Disember lepas berkata, peserta himpunan ini adalah 'bughah' atau penderhaka kepada kerajaan.

Oleh itu katanya, darah mereka adalah halal.

Ekoran itu, pelbagai pihak membantah fatwa seumpama itu termasuk Dewan Ulama PAS dan juga Bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin.

0 comments:

Anwar bebas dakwaan sertai himpunan haram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat yang lain dilepaskan daripada dakwaan menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012 yang dianggap kerajaan BN sebagai perhimpunan haram.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bache membenarkan permintaan peguam untuk menggunakan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak perhimpunan itu sebagai haram.

Pada hari Isnin, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permintaan Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali dan Ketua Bahagian Badrul Hisham Shaharin untuk mengetepikan arahan mahkamah yang telah mengharamkan mereka daripada menyertai perhimpunan tersebut di bawah kanun acara jenayah.

"Asas dakwaan itu ada di dalam arahan. Kita mendapati dakwaan itu kini tidak lagi berasas," kata Hakim Ahmad sebelum mengarahkan pelepasan terhadap Anwar dan empat yang lain itu.

“Asas kepada dakwaan ini adalah arahan. Kami dapati dakwaan ini tidak ada asas," kata beliau lagi.

Peguam S.N. Nair yang mewakili Badrul memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka memberitahu hakim Mahkamah Sesyen tentang keputusan Mahkamah Rayuan bahawa arahan itu tidak sah.

"Kami beritahu hakim bahawa dakwaan ini berasaskan arahan yang telah diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah yang lebih tinggi. Oleh itu, dakwaan ke atas keempat mereka tidak berasas," katanya.

Nair yang bertindak bersama Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata, pihak yang didakwa telah memohon kepada pendakwaraya untuk menarik semua dakwaan tetapi telah ditolak.

Pihak pembela tidak ada cara lain melainkan memohon hakim untuk memberikan pembebasan tanpa pelepasan.

Anwar; Azmin; Badrul Hisham; Timbalan Ketua PKR bahagian Rasah R. Tangam, 50; Exco Pemuda PKR Farhan Ibrahim @ Alias, 29; dan peguam G.N Rajesh Kumar, 44, didakwa merusuh dan tidak mematuhi arahan pejawat awam dan didakwa di bawah Penal Kod.

Mereka juga didakwa menyertai demonstrasi jalanan, satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman.- The Malaysian Insider

0 comments:

Pegawai Wisma Putra didakwa buat tuntutan palsu

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Wisma Putra (Kementerian Luar) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperdaya Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat kerana mengemukakan penyata perbelanjaan palsu berjumlah US$126,681 tiga tahun lepas.
  
Shahril Effendi Abd Ghany, 48, dan Mohd Hadtamizi Abu Bakar, 47, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.
  
Shahril Effendi yang ketika itu berkhidmat sebagai timbalan ketua perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC didakwa mengemukakan dokumen palsu iaitu penyata perbelanjaan wang pendahuluan sempena Sidang Kemuncak APEC 2011 di Honolulu, Hawaii dari 3 hingga 16 Nov 2011 dan resit rasmi Aloha Way Transportation bertarikh 3 Nov 2011, berjumlah US$126,681.
  
Tertuduh didakwa telah mengesah dan mengaku membayar US$126,681 sebagai deposit sewaan kenderaan kepada Syarikat Aloha Way Transportation semasa persidangan itu, sedangkan jumlah sebenar yang dibayar adalah US$88,500.
  
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia, 3516 International Court N.W, Washington DC, Amerika, pada 8 Dis 2011.

Mohd Hadtamizi, yang ketika itu berkhidmat sebagai penolong pegawai tadbir di Washington DC, didakwa bersubahat dengan Shahril Effendi melakukan kesalahan sama di lokasi dan tarikh yang sama.
  
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai butir matan palsu atau RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi.
  
Rosbiahanin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah serta menetapkan 10 Feb untuk sebutan semula kes.
  
Shahril Effendi yang kini bertugas selaku pegawai tadbir diplomatik di Wisma Putra dan Mohd Hadtamizi yang kini bertugas sebagai penolong pegawai tadbir, di tempat sama, membayar ikat jamin itu.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah manakala Shahril Effendi diwakili peguam Shamsul Sulaiman dan Mohd Hadtamizi diwakili peguam Ridha Abdah Subri.

Di mahkamah sama, seorang peneroka hutan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menawarkan rasuah wang tunai RM20,000 kepada Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Pahang.
  
Tan Meng Lee, 43, didakwa menawarkan rasuah itu kepada Abdul Rahim Sulaiman, 50, supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atasnya (tertuduh) yang melakukan penerokaan secara haram di Hutan Simpan Sungai Terla, Kampung Raja dan tanah kerajaan di Blue Valley, kedua-duanya terletak di Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands.
  
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tanah kerajaan di Blue Valley, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands antara 4 petang dan 5 petang, 7 Okt 2013.
  
Dia didakwa mengikut Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
  
Rosbiahanin membenarkan Tan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Feb untuk sebutan semula kes. Dia membayar ikat jamin.
  
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam S. Devanandan. - Bernama

0 comments:

Kelantan sedia bantu bina semula kedai terbakar

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membantu mangsa kebakaran di Rantau Panjang melalui beberapa kaedah selain bantuan Tabung Serambi Mekah yang diumum Menteri Besar sebelum ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, untuk membina semula kedai yang terbakar itu, kerajaan negeri akan menunggu laporan lengkap berhubung status kedai tersebut.

“Ini kerana kita mendapati sebahagian besar unit kedai tersebut milik individu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini semalam.

Menurutnya, pada masa yang sama kerajaan negeri juga akan fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah peniaga yang hilang tempat mencari rezeki.

“Sebelum ini Bazaar Siti Fatimah telah dibina dan mampu memuatkan seramai 150 orang penjaja,”ujarnya.

Tegasnya, memandangkan ianya terletak di kawasan bebas cukai popular, kerajaan negeri akan membantu agar ianya lebih proaktif.

Pada Isnin malam lalu sebanyak 74 deretan kedai di Rantau Panjang hangus terbakar kira-kira jam 11.00 malam.

Kerugian dianggarkan bernilai RM2 juta apabila premis yang mempamerkan jualan peralatan dapur, pakaian dan alas tidur itu hangus terbakar.

Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan berlaku memandangkan semua peniaga telah pulang selewat-lewatnya jam 7.00 malam.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan lain-lain pimpinan turut melawat tempat kejadian.

0 comments:

Himpunan Turun: Pengerusi SMM dipanggil polis

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Bukhairy Sofian telah mendapat surat daripada pihak polis dan dikehendaki hadir ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur pada jam 3 petang, esok.

Menurutnya, antara keempat-empat NGO yang dinamakan oleh polis yang terlibat dalam penganjuran himpunan Turun pada 31 Disember lalu ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Setakat ini, ujarnya tiada maklumat orang lain yang dipanggil oleh polis selain beliau.

“SMM  menyifatkan tindakan ini sebagai ingin memadamkan momentum protes rakyat terhadap kenaikan harga barang dan menakutkan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, himpunan ini adalah himpunan  rakyat, penganjurnya juga adalah rakyat yang hadir, bukan hanya 4 NGO yang disebut oleh polis.

“Himpunan yang dah aman macam ini pun masih lagi mereka ingin siasat, himpunan aman macam mana yang ingin mereka sebenarnya,” katanya lagi.

0 comments:

Bayar pampasan kepada bekas tahanan ISA

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk membayar pampasan kepada semua mangsa dan keluarga tahanan ISA ke atas penahanan mereka yang tidak dibuktikan sama ada bersalah atau tidak ke mahkamah.

Isteri kepada bekas tahanan ISA, Aliza Jaffar, menegaskan penahanan suaminya, Saari Sungib pada 2001 selama dua tahun di bawah akta itu tidak pernah dibuktikan kesalahan atas dakwaan yang dikenakan.

Justeru, katanya adalah wajar bekas tahanan dan keluarga dibayar pampasan atas segala kesengsaraan dan keperitan yang dihadapi mangsa dan keluarga sepanjang penahanan tersebut.

Apatah lagi, tegas beliau suaminya telah dianugerahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pampasan sebanyak RM1 juta yang perlu dibayar oleh kerajan Malaysia melalui harbeas corpus yang difailkan.

"Sampai sekarang kami masih menunggu pampasan tersebut dibayar kerajaan. Memang pihak kerajaan memfailkan rayuan untuk mengetepikan perintah pembayaran pampasan tersebut, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan berkaitan," tegas beliau.

Saari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, pada 2002 bersama empat tahanan lain bertindak memfailkan harbeas corpus dan kemudiannya disahkan mahkamah bahawa penahanan kelima mereka adalah bersifat 'mala fide'.

Kemudiannya, pada 2003, mereka memfailkan saman sivil terhadap kerajaan kerana bertindak menahan mereka dan dianugerahkan agar dibayar pampasan RM1 juta seorang, namun kerajaan memfailkan rayuan.

Jelas Aliza yang juga aktivis Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PSK GMI), semua tahanan ISA dan keluarga melalui satu pengalaman yang begitu mengerikan dan menyakitkan sepanjang penahanan.

"Ada yang ditahan hampir lapan tahun, malah yang ditahan dalam tempoh 60 hari sekalipun sudah pasti memberi kesan terhadap tahanan dan keluarga. Apatah lagi jika yang ditahan itu merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab menyalurkan sumber kewangan terhadap keluarga," jelas beliau.

Tambah Aliza lagi, ia belum lagi keperitan dan trauma yang terpaksa dilalui oleh keluarga tahanan sepanjang penahanan ahli keluarga mereka, lebih-lebih lagi apabila diugut untuk tidak bertemu peguam, bergerak aktif dengan mana-mana NGO, mahupun diganggu kehadiran anggota cawangan khas (SB) di kediaman mereka tanpa mengira masa.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerajaan untuk tidak lupa membayar pampasan kepada semua tahanan ISA yang selama ini ditahan tanpa sebarang perbicaraan di mahkamah.

"Pampasan ini memang wajar dibayar atas segala kehilangan sumber pendapatan seperti pekerjaan asal, peluang pekerjaan yang samar-samar selepas dibebaskan, serta trauma yang dihadapi tahanan dan keluarga," tegas Aliza.

Ahad lalu, kerajaan membebaskan tahanan akhir ISA seramai enam orang, termasuk dua warga Indonesia dan Filipina, biarpun ISA sudah dimansuh secara rasmi pada 22 Jun 2012  selepas terbentuknya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA dan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 2013.

0 comments:

Pemuda Kedah bantu Panglima dedah pembalakan haram

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu bagi bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (PANGLIMA) untuk terus mendedahkan penyelewengan balak di lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway TEKIH.

Ketuanya, Mohd Nasir Zakaria berkata pihaknya memandang serius pendedahan Panglima semalam berhubung pembalakan haram yang berlaku.

Menurt beliau pendedahan tersebut mengejutkan kerana melibatkan sumber hasil utama negeri yang mungkin telah diseleweng untuk kepentingan pihak tertentu.

"Kami tegas menyatakan bahawa sebarang penyelewengan hasil sumber negeri adalah pengkhianatan terhadap hak dan kepentingan rakyat.

"Sehubungan itu kami menyatakan kesediaan untuk bersama para penduduk dan Panglima bagi menuntut ketelusan kerajaan negeri dan pihak terbabit berhubung pendedahan itu," katanya.

Semalam, Presiden Panglima, Sulaiman Ibrahim menunut penjelasan kerajaan negeri terhadap dakwaan hampir seribu hektar kawasan hutan ditebang bagi tujuan pembalakan sepanjang lebuhraya ini tersebut.

Beliau juga mahu menteri besar menjelaskan berapakah premium balak yang diterima oleh kerajaan negeri dan berapa premium untuk sehektar kawasan konsesi balak.

Sulaiman turut meminta kerajaan negeri menyatakan nama syarikat balak yang dikurniakan konsesi pembalakan tersebut serta untung rugi dialami syarikat itu.

0 comments:

'Takkanlah Ku Nan tak tahu Hard Rock Cafe macam mana'


PUTRAJAYA: Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa kerajaan akan membenarkan kewujudan kelab hiburan Hard Rock Cafe di Putrajaya jika beropersi secara Islamik hanya untuk meredakan kemarahan orang ramai.

Kenyataan itu juga dianggap sekadar untuk menutup kesilapan beliau dengan kenyataannya sebelum ini yang akan mempertimbangkan permohonan Hard Rock Cafe di pusat pentadbiran negara itu.

 "Takkanlah Tengku Adnan tak tahu macamana Hard Rock Cafe sehinggakan mahu menetapkan syarat tiada sebarang penjualan minuman keras, serta hanya menyediakan hiburan versi nasyid.

"Beliau sebenarnya saja mengatakan demikian bagi meredakan kemarahan orang ramai dan menutup kesilapan beliau ekoran kenyataannya sebelum ini," tegas Yang Di Pertua PAS (YDP) Putrajaya, Kamaruzzaman Mohamad.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Kamaruzzaman berkata pihaknya akan menentang sebarang usaha untuk menubuhkan Hard Rock Cafe di pusat pentadbiran negara itu yang dianggapnya tidak perlu.

Bagaimanapun, Pengerusi Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, sebelum ini menyatakan tiada sebarang permohonan yang diterima perbadanan daripada pihak Hard Rock Cafe untuk mewujudkan kelab hiburan tersebut.

Justeru, Kamaruzzaman berkata pihaknya menyambut baik kenyataan tersebut dan mengharapkan tiada sebarang permohonan untuk tujuan sedemikian.

"Kami harap biarlah tiada permohonan seperti itu kerana tidak nampak sebarang keperluan untuk Putrajaya ini untuk sebuah kelab hiburan begitu. Jika selepas ini ada permohonan dan akan dipertimbangkan, kami di Putrajaya akan menentang usaha tersebut," tegas beliau.

Sebelum ini, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.

0 comments:

Datuk Khatijah terkilan isu keluarga diputar belit [SINAR HARIAN]


SHAH ALAM - Datuk kepada murid miskin, Nur Khatijah Abdullah, 7, iaitu Mohd Rodzi Ariffin, 61, terkilan apabila kenyataannya mengenai nasib mereka sekeluarga diputar-belit melalui beberapa laporan media dan khabar angin di media sosial.

Menurutnya, disebabkan laporan yang tidak tepat itu, pihaknya disoal siasat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas kebenaran kisahnya yang diceritakan kepada media (bukan Sinar Harian) sebelum ini.

“JKM banyak kali telefon saya bertanya betul ke tak dapat Perkeso atau pencen? Apa yang saya dapat jika menipu? Lihat saja rumah saya yang serba kekurangan ni,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di kediaman di Flat Taman Dagang Fasa 2A, Ampang, semalam.

Kisah Nur Khatijah tersebar di laman sosial selepas datuknya membawa bunjut wang syiling berjumlah RM64 untuk membayar yuran sekolah cucunya itu.

Jumlah itu bagaimanapun tidak mencukupi dan terpaksa ditambah atas belas ihsan guru-guru pada hari pertama sesi persekolahan.

Rodzi yang lebih mesra dipanggil Pak Long akui sudah tidak terdaya lagi melakukan sebarang kerja berat sejak berhenti menjadi pemandu bas mini pada tahun 1995 selepas perkhidmatan bas itu dihentikan.

“Ada juga saya ambil upah tempahan buat hulu parang, tetapi tempahan itu bermusim, bukan setiap hari ada yang mahu buat.

“Duit RM64 itu Tijah sudah kumpulkan sejak tadika lagi. Katanya mahu guna untuk bayar yuran sekolah,” katanya sebak sambil memangku cucu kesayangannya.

Pak Long yang juga mengidap sakit lutut bertanggungjawab menjaga Nur Khatijah sepeninggalan isterinya, Shamsiah Yusoff, 55, yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang berdekatan.


Nak jaga tok wan dengan mak

Nur Khatijah yang mesra disapa Tijah seorang kanak-kanak yang mudah mesra, malah ketika dikunjungi Sinar Harian semalam, dia tidak segan untuk duduk dipangku penulis.

“Bila besar nanti, Tijah nak jadi doktor...boleh ubatkan Tok Wan dengan mak (panggilan nenek).

“Nanti Tijah nak kumpul duit banyak-banyak, nak beli laptop,” katanya sambil tersenyum manja.

Menurut Nur Khatijah, jiran tetangga ramai yang gemar beri wang syiling kepadanya dan wang syiling itu akan diasingkan mengikut nilai dalam tabung berasingan.

“Hari-hari Tijah tidur dengan mak...mak yang jaga Tijah...Tijah sayang mak,” ujarnya.

Nur Khatijah obses dengan penyanyi seberang Tegar dan menjadikan penyanyi itu sebagai idolanya, malah setiap hari bait lagu ‘Aku Yang Dulu Bukan Sekarang” sering bermain di bibirnya.


Jaga Tijah hingga akhir hayat

Nenek Nur Khatijah yang mesra dipanggil Mak Long nekad mahu menjaga cucu tunggalnya hingga akhir hayat walaupun keluarganya dihimpit kemiskinan.

“Sejak mak Tijah meninggal masa umur dia dua tahun tiga bulan, Mak Longlah yang menjaga. Dia meninggal kerana sakit barah paru-paru.

“Selama ni, Mak Long rahsiakan saja beban kami kerana tak mahu susahkan orang lain. Kami ada mohon JKM bermula tahun lalu bantuan untuk Tijah...dapatlah sebulan RM100,” katanya.

Mak Long yang bekerja sebagai tukang cuci hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM900 sebulan untuk membeli barang keperluan harian dan wang itu yang digunakan untuk perbelanjaan mereka sekeluarga memandangkan suaminya tidak mampu
bekerja lagi.

“Berapa sangatlah jumlah gaji tu kalau nak bandingkan belanja sekarang yang tinggi. Mujur ustazah Tijah, selalu hulurkan wang dan beli apa yang patut,” katanya sebak.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam atas nama Mohd Rodzi Ariffin 12-12202-023994-9 atau Maybank atas nama Shamsiah Yusoff 1121-8316-7327.

0 comments:

Najib umum minyak RON95 naik 20 sen tengah malam 9 Januari 2014?


Gambar ini disebarkan di kalangan pengguna WhatsApp berkenaan kenaikan harga minyak yang dikatakan akan diumumkan PM pada tengah malam 9hb Januari 2014. Walaubagaimanapun, jika dibandingkan gambar tersebut dengan satu lagi gambar berita tahun lepas, ia kelihatan seiras. Siapakah agaknya yang mencipta gambar 'klon' di atas?




0 comments:

MB: Isu sensitif mesti bincang dulu sebelum serbu [MALAYSIAKINI]


 
Menteri besar Selangor berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu berbincang terlebih dahulu dengan exco negeri sebelum mengambil sebarang tindakan sensitif.

Ini, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, agar tiada lagi masalah komunikasi berlaku.

"Perkara ini ikut sensitiviti. Kalau hal-hal berkaitan serbuan ini perlu perbincangan.

"Kalau nak tangkap orang tak puasa, tak perlu (perbincangan)," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Khalid berkata demikian ketika menjelaskan langkah memperkemas tatacara operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan serbuan dan rampasan Bible berbahasa Melayu ke atas Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

Khalid berkata dalam pertemuan dengan JAIS hari ini, langkah operasi SOP baru juga mula dikuatkuasakan hari ini bagi mengelak kontroversi dan dakwaan serbuan pada malam tahun baru itu.

"Kerajaan negeri juga akan meneruskan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan JAIS untuk memastikan penguatkuasaan pada masa hadapan dijalankan secara tertib dan bertanggungjawab.

"Ia (SOP) akan diimplementasikan sekarang dan sudah berkuatkuasa. Tiap-tiap tindakan akan dibuat bersama," katanya.

Selangor juga merancang untuk mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua agama bukan Islam untuk pemahaman Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988.

"Pada masa yang sama, JAIS perlu meneruskan siasatan secara profesional sambil mengambil kira sensitiviti penganut agama Kristian," kata beliau.

Semalam exco Agama Islam Selangor Sallehin Mukhyi berkata SOP JAIS akan diperkemas.

Beliau juga menegaskan pihaknya tidak akan mengulas lagi berhubung serbuan dan rampasan tersebut memandangkan kes itu kini dalam siasatan polis.

"Sebab kes ini dah jadi kes polis, jadi kita serah kepada kebijaksanaan JAIS dan PDRM untuk selesaikan kes ini, mengikut peringkat undang-undang," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa SOP berkaitan perlu diperkemas dan bahagian mana yang perlu penambahbaikan.

Sallehen hanya mengiyakan cadangan wartawan yang bertanya jika beliau bercadang memperkemaskan tatacara tersebut agar persetujuan exco perlu diperolehi sebelum sebarang serbuan dibuat.

0 comments:

KDN isytihar Comango pertubuhan haram [MALAYSIAKINI]



  • 4:00PM Jan 8 2014
Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan bahawa gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang menurutnya “memperjuangkan hak yang menyeleweng daripada Islam” sebagai pertubuhan haram kerana tidak didaftarkan bawah Akta Pertubuhan 1966.

Satu kenyataan dikeluarkan oleh ketua setiausaha kementerian tersebut, Datuk Mohamad Khalid Shariff menyebut bahawa gabungan itu kebanyakannya terdiri daripada pertubuhan bukan berasaskan Islam dan sebahagian besarnya tidak berdaftar.

“Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

“Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1) (b).

“Comango dengan itu merupakan sebuah pertubuhan haram," kenyataan itu dipetik.

Jelasnya, KDN mendapati hanya 15 dari 54 pertubuhan yang bergabung dan bernaung di bawah Comango berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Menurutnya, pertubuhan itu juga didapati memperjuangkan "hak yang menyeleweng daripada agama Islam", iaitu hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons).

Comango pada Oktober lalu menyerahkan satu laporan berhubung isu agama dan hak LGBT di Malaysia kepada Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) (UPR) di Geneva.

Dalam satu kenyataan segera, pengerusi bersaa Jatawatankuasa Hak Asasi Badan Peguam Andrew Khoo berkata keputusan berkenaan merupakan tindakan "memeranjatkan dan tidak wajar".

Katanya, kerajaan bekerjasama dengan Comango sepanjang proses UPR sejak 2008.

"(Kerajaan) diberikan salinan laporan UPR Comango pada Mac 2012," kata Khoo.

"Tiada apa-apa berlaku sehingga organisasi konservatif Muslim menggariskan aspek larpoan Comango, yang tidak dipersetujui oleh mereka, dan menuntut tindakan dikenakan ke atas Comango," katanyalagi.

Tambahnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan tidak menghormati kebebasan berekspresidan hak berpersatuan yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

Khoo pernah bekerjasama dengan Comango tetapi tidak menganggotai gabungan NGO tersebut.

SUMBER: http://v9.malaysiakini.com/news/251234

0 comments:

ISA mansuh, lawan kezaliman belum selesai

KUALA LUMPUR: Biarpun kesemua tahanan ISA dibebaskan Ahad lalu, badan anti akta zalim itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beranggapan perjuangan menentang kezaliman masih belum selesai.

Ia berikutan terdapatnya beberapa akta yang mirip ISA seperti SOSMA dan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang digubal bagi menggantikan undang-undang lapuk ISA.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata GMI sememangnya menyambut baik pembebasan enam tahanan terakhir ISA, namun tiada apa yang boleh dibanggakan memandangkan ISA sudahpun diumumkan pemansuhannya pada 2011.

"Malah, pembebasan ini juga dianggap GMI sebagai sudah terlewat, selain menjadi lambang kesombongan kerajaan kerana enggan membebaskan tahanan tersebut lebih awal," tegas beliau pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Tambah Syed Ibrahim, pihaknya juga kecewa dengan keengganan kerajaan menutup Kem Tahanan Kamunting yang menjadi simbol kezaliman kerajaan terhadap mangsa dan kelurga tahanan ISA.

Malah, tegas Syed Ibrahim, hasrat kerajaan untuk menempatkan tahanan SOSMA dan PCA hanya menambahkan lagi siri kesengsaraan dan kezaliman yang dikenakan ke atas mangsa dan keluarga mangsa.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan benar-benar telus ingin melaksanakan transformasi politik, kem tahanan yang menjadi simbol kezaliman ISA itu perlu ditutup.

Bagaimanapun, Syed Ibrahim turut beranggapan pembebasan tahanan ISA yang terakhir ini merupakan kejayaan terbesar kepada GMI dan semua pihak yang bersma-sama memperjuangkan agar ISA dimansuhkan.

"Justeru, GMI yang bermatlamat untuk memansuhkan ISA dan membebaskan tahanan ISA akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dengan gabungan lain di bawah GMI mengenai pembubaran NGO ini," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak, sam ada rakan-rakan NGO, mahasiswa, parti politik, media dan seluruh rakyat Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan GMI.

0 comments: