Kesulitan hidup patut jadi faktor penyatu rakyat

KUALA LUMPUR: “Alangkah baiknya jika agensi-agensi agama, agamawan dan rakyat sentiasa berbicara mengenai penindasan, salahguna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Naib Presiden PAS itu, apabila perkara asas diberi tumpuan, maka kesejahteraan dan keharmonian rakyat mendapat pembelaan dan penambahbaikan.

Beliau menambah, kerajaan yang ada pula ditekan untuk mentadbir dengan berhemah, baik dan adil.

Selain sukan, ujarnya perkara-perkara seperti penindasan, salahguna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah patut menjadi faktor penyatu rakyat Malaysia.

“Bersatu melawan kemungkaran, bersatu untuk mendesak negara ditadbir dengan baik dan berkesan dan bersatu untuk mengekalkan kehidupan berkualiti pada kos hidup yang berpatutan dalam negara,” ujarnya menerusi facebook sekadar lontaran.

0 comments: