Ayahanda Perlu Tahu Cerita Ini

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Alkisah sebuah khabar

“Ayah, ayah. Anakanda nak cerita sesuatu pasal kawan ayah?” kata Naim.


Sebelum anaknya sempat berkata bab seterusnya, Ustaz Kassim bertanya tunggu sekejap.


“Wahai anakku, sebelum ayahanda mendengar apa yang anakanda nak sampaikan, ayahanda nak tanya tiga soalan pada anakanda untuk mengelakkan dosa,” kata Ustaz Kassim.


“Apa dia, ayahanda?”


“Apakah yang anakanda nak bagitahu ini satu perkara yang sahih?”


“Tak pasti. Anakanda dapat berita ini daripada kedai kopi tadi. Ayahanda perlu tahu cerita ini.”


“Hmmm… memandangkan anakanda tidak tahu samada berita itu sahih ke tidak, apakah berita yang anakanda ingin sampaikan satu khabar yang baik?”


“Tidak ayahanda. Ia satu berita buruk. Tapi ayahanda perlu tahu.”


“Jadi, anakanda nak bagitahu sesuatu yang buruk pasal kawan ayahanda tapi anakanda tak pasti lagi samada berita itu perkara sahih ke tidak… OK, apakah yang anakanda bagitahu ayahanda nanti berguna untuk ayahanda?”


“Tidak juga. Cuma anakanda rasa ayahanda perlu tahu.”


Ustaz Kassim tersenyum.


“Apakah berbaloi untuk memberitahu ayahanda sesuatu yang tidak sahih, buruk dan tidak berguna pasal kawan ayahanda? Jika ia satu fitnah, anakanda yang menanggung dosa. Sudi ke anakanda hanya kerana satu berita tidak sahih?”



Wahai anakku,
Ketahuilah mengumpat itu mudah dan mudah untuk mengumpat. Untuk mengelakkan apa yang diumpat itu disebar bersama meningkatkan dosa, sentiasa ingatkan diri dengan bertanya apakah berita yang ingin disampaikan itu sahih, buruk mahupun berguna pada orang yang ingin kamu sampaikan. 

Senyum. - HARAKAHDAILY 24/11/2014

0 comments: