Jom Turun Bantah Bantah GST 7 November




HARAKAHDAILY | 

SETELAH melakukan himpunan sulung pada awal tahun baharu 2014 yang mencatatkan partisipasi lebih kurang 10,000 orang dan menyertai Himpunan Bantah GST pada 1 Mei yang lalu, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) sekali lagi akan menganjurkan himpunan aman pada 7 November ini di sekitar kawasan KLCC selepas solat Jumaat. Penganjuran himpunan ini dilihat bertepatan dengan realiti semasa negara ini yang bakal menghadapi pelaksanaan cukai GST pada tahun hadapan dan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan oleh perdana menteri baru-baru ini sekaligus rakyat terbanyak yang berpendapatan sederhana dan rendah mengalami tempiasnya kesan daripada dua faktor tersebut.

0 comments: