MEMO BANTAHAN TERHADAP KENYATAAN DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR BAHAWA PAS ADALAH PARTI AJARAN SESAT


DENGAN NAMA ALLAH YANG BERSIFAT AL-RAHMAN LAGI BERSIFAT  
AL-RAHIM SEGALA PUJI BAGI ALLAH. SELAWAT DAN SALAM BUAT
JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH SAW


1. DEWAN ULAMAK PAS PUSAT (DUPP) memandang berat dan serius tuduhan rambang dan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agong UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, pada Ahad 2hb November 2014 dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UMNO bahawa PARTI ISLAM SEMALAYSIA PAS adalah parti ajaran sesat. Sehingga hari ini kenyataan jahat tersebut masih belum ditarik balik oleh Datuk Seri.


2.  DEWAN ULAMAK PAS PUSAT (DUPP) MENUNTUT Datuk Seri membuat kenyataan terbuka MEMOHON MAAF dan menarik balik kenyataan yang tersasar tersebut.


3. DUPP bersedia untuk BERMUZAKARAH untuk Datuk Seri mendapat pencerahan perjuangan PAS dalam menegakkan Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam di dalam negara ini.


4. Fasal 3 Perlembagaan PAS menegaskan bahawa DASAR PAS ialah Islam dan seruannya ialah ALLAHU AKBAR.


5. Fasal 5  pula menegaskan bahawa tujuan PAS ialah "memperjuangkan
wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan huku-hukumnya menuju keredhaan Allah.



6. Fasal 6 pula menegaskan usaha-usaha PAS antaranya "menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan".


7. Fasal 7 pula menegaskan hukum yang tertinggi dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ULAMAK dan QIAS.


8. Fasal 8 pula memperuntukkan penubuhan Majlis Syura 'Ulamak bagi memandu dan menjamin segala aktiviti PAS sentiasa bertepatan dengan  dasar PAS iaitu Islam.


9. Peruntukan-peruntukan perlembagaan yang menegaskan kedudukan PAS sebagai parti Islam yang memperjuangkan Islam seumpama  ini tidak terdapat dalam perlembagaan parti UMNO yang didokong oleh Datuk Seri Tengku Adnan.


10. Dakwaan Datuk Seri bahawa UMNO sebagai parti Melayu yang boleh memastikan akidah umat Islam terpelihara adalah tersasar dari realiti yang sebenar. Sepanjang merdeka sejak 1951 UMNO sebagai  parti pemerintah yang berkuasa telah membiarkan pemikiran dan aqidah yang rosak berkembang seperti sekular yang memisahkan agama daripada politik, pluralisma beragama yang melihat semua agama adalah sama membawa ke syurga dan liberalisma beragama yang mempertikai hukum-hakam Islam.


11. Malah usaha menegakkan Syariat Islam seperti undang-undang jenayah Islam masih gagal dinobatkan  dan tidak dipandang serius oleh UMNO selaku pemerintah yang mengaku Islam.


12. DUPP sekali lagi mendesak Datuk Seri Tengku Adnan menarik kembali tuduhan tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang daripada PAS.



YB.Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

YB. Ustaz Nasrudin Hassan
AJK Pas Pusat


YB Ustaz Nik Abduh
AJK Pas Pusat


YB Ustaz Idris Ahmad
AJK Pas Pusat


YB Ustaz Marzuk Shaary
EXCO Dewan Pemuda Pusat


YB Dr.Izani
AJK Badan Perhubungan Pas Kelantan


Ustaz Norazli Musa
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak


Kamaruzaman Mohamad
YDP Pas Putrajaya


Nurul Islam Mohamed Yusoff
Exco Dewan Pemuda Pas Pusat



Rabu 12 Muharram 1436 H / 5hb Nov 2014

0 comments: