Rizab Melayu: Kelantan Paling Luas Di Malaysia


SALMAH MAT HUSAIN | .




KOTA BHARU: Ketika Wanita dan Pemuda Umno terkial-kial mahu mempertahan tanah rizab Melayu, tanpa sedar negeri yang tidak diperintah Umno dan BN lebih luas tanah rizab terbabit.



Ini dibuktikan Kelantan yang mencatat tanah rizab Melayu tertinggi di negara ini iaitu seluas 1,308,686.97 hektar.




Statistik itu dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.




Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata keluasan tanah rizab Melayu di Kelantan tidak pernah susut atau berkurangan.




Katanya, Kelantan satu-satunya negeri yang mempunyai aset tanah rizab Melayu yang paling tinggi di Malaysia.




“Tanah rizab Melayu sentiasa terpelihara sehingga ia kekal antara yang tertinggi di negara ini.




“Sekiranya ada tanah rizab Melayu digunakan ia akan digantikan dengan keluasan yang sama sebagaimana diperuntukkan Fasal 3 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sini.




Pada Persidangan Wanita dan Pemuda Umno semalam kedua-dua sayap Umno itu tanah rizab Melayu dipertahankan.




Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bimbang kemerosotan tanah rizab Melayu yang jatuh mendadak daripada 50 peratus kepada 12 peratus.




Begitu juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mahu Peguam Negara diberi kuasa melindungi dan mempertahan tanah rizab Melayu melalui pindaan Enakmen Rizab Melayu.




Ahmad Fadhli berkata, tanah rizab Melayu di Kelantan membentuk 87.6 peratus daripada keluasan keseluruhan tanah di negeri tersebut iaitu 1,493,765.10 hektar. – HARAKAHDAILY 27/11/2014

0 comments: