AKTA HASUTAN : KENYATAAN PM SERLAH UMNO KONSERVATIF, PARANOID

Kenyataan Media
AKTA HASUTAN : KENYATAAN PM SERLAH UMNO KONSERVATIF, PARANOID

Photo: Kenyataan Media
AKTA HASUTAN : KENYATAAN PM SERLAH UMNO KONSERVATIF, PARANOID

Oleh :
Nurul Islam Mohamed Yusoff
(Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan)

Tarikh : 2 Disember 2014 / 9 Safar 1436H

1. Saya berpendirian dan tegaskan bahawa kenyataan DS Najib Razak berkenaan Akta Hasutan akan dikekalkan adalah memungkiri janji, membelakangkan institusi Parlimen dan mendahului keputusan Mahkamah Persekutuan.

2. Sejak tahun 2012, YAB Perdana Menteri telah berjanji untuk memansuhan akta ini selaras dengan tuntutan rakyat. Konsistennya beliau dengan janji itu – sehingga sebelum PAU2014 – menunjukkan bahawa kewajaran atau rasional pemansuhan itu adalah tepat dan benar, dan ia menjadi sebuah komitmen Kerajaan yang mesti ditunaikan. Malangnya, ia dimungkiri setelah menerima tekanan daripada pemimpin kanan UMNO serta NGO seperti Perkasa dan mungkin setelah meneliti semula prestasi UMNO dalam PRU13 dengan berserta unjuran kemungkinan BN tidak lagi dapat menguasai majoriti 2/3 dalam PRU14 akan datang dan juga dijangka gagal mendapat undi bukan islam.

3. Keputusan ‘Akta Hasutan akan dikekalkan’ yang dibuat di PAU2014 jelas menjadikan Parlimen sebagai hanya ‘rubber stamp’. Walaupun YAB PM menyatakan komitmen untuk membentangkannya di Parlimen dalam sidang akan datang, dengan pengumuman itu ia telah semacam memaksa dan tidak memberikan ruang kepada Parlimen untuk membuat keputusan lain melainkan akta itu mesti dikekalkan. Sedangkan Parlimen adalah institusi legistatif yang berkuasa untuk membuat, meminda dan memansuhkan sesuatu undang-undang. 

4. Kenyataan beliau itu juga boleh disifatkan mempengaruhi keputusan mahkamah yang bakal membuat keputusan samada Akta Hasutan 1948 itu bercanggah dengan perlembagaan atau tidak berikutan permohonan yang difailkan Dr. Azmi Sharom yang mengatakan bahawa Seksyen 4 tidak mengikut perlembagaan dan melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebabasan bersuara.

5. Kamus Dewan terbitan DBP mendefinisikan hasut/menghasut sebagai sesuatu yang membangkitkan kemarahan, kebencian seseorang terhadap orang lain. Bererti, nasihat atau teguran dan pandangan atau cadangan, sekalipun berlawanan dengan pendirian Kerajaan atau parti pemerintah, ia tidak termasuk dalam erti hasut/menghasut. Sebaliknya, UMNO mempergunakan akta ini untuk menyelamatkan kedudukan dan kekuasaan yang dimilikinya dan bertujuan untuk melemahkan lawannya. UMNO perlu sedar kemarahan rakyat adalah apabila salahguna Akta ini untuk menekan lawan politik dan sebarang pindaan atau pembaikan kepada akta ini tanpa ada jaminan kepada tiada lagi sebarang salah guna akta ini adalah satu tindakan sia sia dan tidak menepati hasrat rakyat.

6. Ia jelas membuktikan UMNO makin konservatif – berkeras untuk tidak mahu berubah dan kekal dengan budaya lama yang merosakkan, tidak bersedia dengan perubahan yang dibawa dari dalam partinya dan oleh ahlinya sendiri dan juga oleh rakyat secara amnya. Ia juga memperlihatkan bahawa UMNO sedang dalam keadaan paranoid yang kritikal kerana memikirkan nasibnya dalam PRU14 akan datang. Oleh itu, apa juga pembaharuan untuk kebaikan pun akan dilihat sebagai ancaman yang membahayakan. 

7. Malah UMNO juga tidak memperdulikan parti parti komponen BN yang lain apabila keputusan sebesar ini di buat didalam perhimpunan agung UMNO dan bukannya didalam mesyuarat kabinet ataupun didalam mesyuarat Barisan Nasional. Dimanakah nilai dan maruah parti komponen yang lain dimata Dato Seri Najib Razak?

0 comments: