Anak Muda Hendaklah Sentiasa Bersama Jamaah


HARAKAHDAILY | .



PERMATANG PAUH: Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Hashim Jasin berkata apa yang dilakukan bersama dengan PAS adalah jamaah yang mendukung kebenaran.


"Saya yakin bahawasanya apa yang kita lakukan bersama dengan jamaah kita bersama dengan kumpulan yang mendukung kebenaran," ujarnya ketika berucap merasmikan penutup Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini hari ini. Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Justeru, beliau mengingatkan anak-anak muda supaya hendaklah sentiasa dengan jamaah.


"Jangan lari dengan jamaah, sentiasa bersama jamaah dan jangan cuba buat (jamaah) sendiri," ujarnya.


Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis itu menambah, para pemuda perlu menghindari unsur yang tidak sihat yang berlaku dalam jamaah.


"Ada macam-macam yang berlaku, pertikai Jawatankuasa Pusat, Majlis Syura dan sebagainya yang saya rasa adalah unsur yang tak sihat yang perlu dihindari," katanya lagi.


Sehubungan itu, katanya ahli-ahli hendaklah melakukan apa yang disuruh oleh kepimpinan seperti mesyuarat. - HARAKAHDAILY 7/12/2014

0 comments: