Anwar Junjung Kasih Dikurnia Darjah Pada 1992

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum,berdasarkan kenyataan media Datuk Mohamad Munir Bani, setiausaha sulit kepada DYMM Sultan Selangor, bahawa Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.


Menurutnya, Darjah Kebesaran S.S.S.A. itu dikurniakan pada 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa beliau membuat sebarang permintaan atau permohonan.


“Saya menjunjung kasih terhadap ihsan Almarhum Tuanku yang telah berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.


Pada masa yang sama, beliau akan terus bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan negeri Selangor dan rakyatnya. - HARAKAHDAILY 4/12/2014

0 comments: