‘Apungan Terkawal’ Wajar Digelar ‘Apungan Kotor’

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: ‘Apungan terkawal’ yang bermula semalam bukti mekanisme tersebut hanyalah nama lain untuk ‘cukai bahan api’ walaupun harga petrol RON95 dan RON97 jatuh sementara diesel naik.



Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, pergerakan tidak konsisten harga kedua-dua jenis bahan api walaupun kejatuhan yang stabil harga minyak menunjukkan mengapa kaedah ‘apungan terkawal’ kerajaan wajar digelar ‘apungan kotor’.


Memetik laporan Roketkini, beliau berkata kaedah ‘apungan terkawal’ itu adalah sistem yang ditentukan sewenang-wenangnya oleh kerajaan tanpa ketelusan.


Menurutnya, tidak ada siapa yang menginginkan harga petrol atau diesel naik manakala harga minyak mentah terus menjunam (head south) secara besar-besaran sejak Jun lalu.


Beliau berkata, harga diesel sepatutnya menurun ke tahap bahan api industri, gred yang jauh lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak mentah.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek kelmarin mengumumkan kenaikan harga minyak diesel sebanyak tiga sen seliter, disebabkan kerajaan sudah banyak menampung subsidi sebelum ini.


Bulan lalu, kerajaan juga telah mengambil langkah menghapuskan sepenuhnya subsidi bahan api yang bermula semalam, dengan harga ditetapkan menggunakan ‘apungan terkawal’.

0 comments: