Artis Masuk PAS Bukan Mahu Jadi Ustaz - Leman


MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim menjelaskan golongan artis menyertai PAS bukan kerana untuk menjadi ustaz atau ustazah sebaliknya ingin mendekati golongan ulama mendekati ajaran Islam.



Beliau ketika program CHit Chat anjuran MyHarakah Bazaar berkata, penglibatan golongan artis dalam PAS adalah kerana ini turut sama untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada orang lain.


"Walaupun artis ini bukan golongan ustaz atau ustazah tetapi ia mampu menarik orang ramai untuk mendekati dan mendengar apa yang kita sampaikan, ini merupakan satu dakwah.




"Apabila kita tidak daya untuk menbawa dakwah berat kita boleh bawa dakwah yang ringan, jadi usah dikecam apabila ada golongan artis yang berhijrah yang turut sama menyebarkan ilmu," katanya di pada sambutan ulang tahun PAS ke-63 di Kuala Kangsar.


Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab gesaan Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang berucap pada Persidangan Wanita Umno yang lalu meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.




"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Mashitah, kenyataan yang dikeluarkan tidak berasas langsung, perlu ditarbiyah semula.




"Kita sebelum ini bersetuju dengan beliau iaitu ketika belum menyertai Umno, tetapi sekarang tidak lagi kerana ia lari daripada konsep dakwah yang sebenar.




"Untuk berdakwah tidak semestinya seseorang itu mempunyai bergulung-gulung ijazah tetapi dengan sepotong ayat al-Quran pun sudah dikiran berdakwah," katanya.




Beliau yang meminta agar semua pihak memberi galakan kepada golongan artis yang telah meninggalkan dunia hiburan serta mendekati Islam dan bukannya menghentam tanpa asas yang kukuh. –HARAKAHDAILY 2/12/2014

0 comments: