Ketua Pembangkang Dun Selangor Letak Jawatan


HARAKAHDAILY | .




SHAH ALAM: Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias meletak jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) berkuat kuasa hari ini.



Shamsudin berkata keputusan itu dibuat selepas beliau menolak perlantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor.




Katanya, beliau juga memulangkan semula kereta Toyota Camry yang diberikan oleh kerajaan negeri kepadanya.




“Keputusan ini adalah keputusan peribadi saya yang menolak jawatan sebagai Pengerusi PAC Selangor yang menetapkan Ketua Pembangkang sebagai pengerusi.




“Saya sudah maklumkan keputusan ini kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) Selangor dan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kepada wakil pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini,” katanya dalam sidang media di Lobi DUN Selangor, di sini. - Selangorkini

0 comments: