Masa Itu Mereka Faham Makna 'You Change Or You Die'


ASPAN ALIAS | .




SAYA terdengar dan terlihat ramai yang memberikan komen tentang perhimpunan agung Umno yang baru berlalu itu hanya berkisar siapa yang berjaya dan siapa yang kalah moralnya dalam perhimpunan itu. 



Ada yang berpendapat Muhyiddin dan Zahid merupakan pemenang dalam perhimpunan itu jika dibandingkan dengan apa yang dicapai oleh Najib secara peribadi. 


Kesemua komen-komen di kalangan ahli-ahli Umno itu hanya berkisar tentang siapa yang lebih bertambah pengaruh di kalangan perwakilan Umno itu.




Hanya beberapa kerat sahaja yang memikirkan isu ini dalam konteks yang lebih besar, seperti isu sama ada Umno berjaya menghilangkan persepsi buruk rakyat yang ramai. 




Tidak ramai yang teringat yang Umno itu parti politik terbesar, dan dalam isu krisis kepimpinan yang dihadapi oleh parti itu bukannya hanya melibatkan ahli-ahli Umno. 




Mereka terlupa yang lebih penting ialah imej dan pandangan baik terhadap parti itu kerana yang akan dihadapi oleh parti itu ialah masyarakat awam dan bukannya setakat ahli-ahli Umno sahaja.




Akhirnya, jika menang pun sebelah pihak dalam Umno itu, yang menang itu akan menguasai parti yang akan kalah dan ia tidak memberikan apa-apa faedah kepada parti itu pada masa-masa yang akan datang. 




Bagi Umno kekalahan itu is not an option sebabnya jika melalui kekalahan parti itu akan terus tersungkur dan tidak akan bermaya untuk duduk dan bangun lagi.




Jika kalah Umno akan menjadi vegetable party dan akan hanya tinggal pada nama dan sejarah buruk yang mereka lalui sahaja. 




Umno akan tersungkur bersama imej rasuahnya dan semuasuperlatives buruk yang ada kepadanya itu.




Nyata perhimpunan parti itu baru-baru ini tidak menunjukkan apa-apa perubahan atau prospective changes yang positif yang sangat diperlukan oleh parti itu untuk kekal relevan di hari muka. 




Pimpinan setiap peringkat parti itu hanya menyebut kata-kata, ‘berubah kalau tidak akan diubah’ tetapi mereka tidak mempunyai daya dan kudrat untuk berubah kerana yang dimaksudkan oleh kata-kata itu adalah mereka sendiri.




Berubah itu ialah mereka mengundurkan diri dari kepimpinan. Tetapi mereka tidak berdaya melakukannya kerana mereka tidak boleh hidup tanpa memegang jawatan itu kerana selama ini jawatan itu adalah segala-galanya. 




Itulah modal berniaga untuk mereka, dan itu jugalah modal untuk menaiki tangga sosial masing-masing yang tinggi menggunung itu.




Pendeknya Umno itu kekal seperti biasa. Oleh itu tunggu sahaja apa-apa nasib yang akan menimpa mereka. Masa itu nanti barulah mereka merasakan dan memahami makna you change or you die. -http://aspanaliasnet.blogspot.com/

0 comments: