MENILAI INTIMA’ DIRI TERHADAP PERJUANGAN

Photo: MENILAI INTIMA’ DIRI TERHADAP PERJUANGAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
08-12-2014 

PERMATANG PAUH: Ahli PAS sebagai ahli gerakan Islam wajib memahami segala sunnatullah, kaedah dan disiplin dalam perjuangan parti ini agar setiap usaha yang dilaksanakan itu diterima oleh Allah serta mencapai matlamatnya, demikian mesej disampaikan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Ustaz Nik Mohd Zawawi Nik Salleh pada perasmian Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, di sini 5 Disember lalu.

Beliau memetik dan menghurai hadis Rasulullah SAW yang perumpamakan perjuangan Islam seolah-olah kehidupan di atas sebuah bahtera.

Di mana menurut beliau, bahtera itu sedang menyeberang lautan sangat luas, penuh cabaran dan adanya nakhoda serta penumpang yang belayar menuju destinasi besar lagi mulia.

Pun begitu katanya, ada perkara merbahaya dapat dilihat nakhoda dan semua penumpang, tetapi ada juga hanya dapat dilihat oleh nakhoda berupa bongkah batu besar atau angin ribut taufan yang mungkin melanda pelayaran.

Pada hadis itu Rasulullah menggambarkan adanya penumpang di bawah kapal yang mengambil jalan mudah mahu menebuk lubang bagi membolehkannya menceduk air tanpa perlu melalui bahagian atas kapal.

“Kalau kita mahu jalan pintas, jalan yang dianggap mudah oleh akal manusia, memang idea tebuk kapal itu dan sumbat (tampal) balik, itu idea yang mudah. (Kononnya) tidak bocor insya-Allah, letak pula (kalimah) “insya-Allah”. Dia tidak tahu (kesan dan bahaya) tekanan air.

“Jika dibiarkan tindakan mereka berterusan, tidak nasihati mereka, tidak ambil tindakan kepada kumpulan ini, walaupun jumlah mereka mungkin 2 atau 3 orang, mungkin seorang, tetapi kalau dibiarkan kapal ini ditebuk, kapal kamu akan tenggelam, karam, kamu semua mati kehancuran. Jika kamu ambil cakna, kamu selamat semua akan selamat dan sampai ke destinasi dituju.

“Nabi ajar kepada kita, dalam wadah perjuangan Islam, banyak perkara yang perlu dipatuhi oleh manusia. Kalau kita mahu bahtera menjadi sebuah bahtera yang selamat, perlu kita akur kepada keputusan dibuat oleh nakhoda kapal.

“Mungkin bahtera ini terpaksa dihala ke arah yang agak jauh. Orang yang tidak faham akan mengatakan mengapa nakhoda mengambil jalan yang jauh. Nakhoda dia tahu di sana ada batu karang yang besar. Kalau kita lalu jalan yang dekat ini kapal kita akan pecah, akan karam bila dia langgar batu karang.

“Ada kala nakhoda akan berhentikan kapal di tengah-tengah lautan. Ada orang yang gopoh mengatakan kenapa nakhoda berhenti (sedang) kita perlu sampai cepat. Ini sahaja peluang kita belayar, kita perlu menang cepat. Nakhoda tahu ribut taufan sedang datang, ada petandanya yang perlukan kapal ini dihentikan.

“Ada kala kita berhenti, dimatikan enjin. Ada kala kita berhenti, enjin mesti dipasang. Ada kalanya enjin dipasang, tali dan sauh mesti dijatuhkan. Ada kalanya tali dan sauh kita dijatuhkan, enjin kita matikan. Dalam keadaan yang berbagai-bagai. Siapa yang mahir perkara ini? (Tentulah) Nakhoda kapal!

“Pengikut yang suka mengkritik dia boleh mengkritik macam-macam. Nakhoda kapal yang menghentikan kapal melabuhkan sauh, pengkritik dia boleh sebut mengapa nakhoda ini kepalanya pening, kapalnya berhenti tetapi enjin tidak dimatikan. Ada orang boleh sebut nakhoda ini membazir. Ada orang boleh sebut nakhoda ini kepalanya masuk air. Macam-macam orang boleh sebut bila dia tidak ada ilmu pelayaran.

“Di dalam Harakah Islamiyah sebagaimana diajar oleh Nabi SAW, kita ada matlamat perjuangan, di sana kita ada ‘wasail’ perjuangan. Ada jalan dan cara yang tersendiri di dalam perjuangan Islam yang mesti diakur, mesti dipatuhi umat Islam, oleh orang yang memperjuangkan Islam,” ujarnya menukilkan pemahaman.

Ustaz Nik Mohd Zawawi turut menerangkan hikmah tahapan-tahapan perjuangan Nabi SAW di Makkah dan Madinah di mana setiap tahapan itu menyumbang kepada kemenangan Islam.

Misalnya ujar beliau, orang tidak memeluk Islam selama Rasulullah berdakwah 13 tahun di Makkah, tetapi orang memeluk Islam selepas Daulah Islamiyah ditegakkan.

Kerana katanya, ketika itu segala sistem Islam menjadi bahan dakwah kepada masyarakat umum dan mereka mengenali erti Islam dengan sebenarnya dari penegakan Daulah Islamiyah.

Dalam ucapannya itu, beliau juga memetik ayat Quran mengenai teguran Allah kepada para Sahabat RA agar tidak meninggikan suara dihadapan Nabi.

Terangnya, jika suarapun dilarang ditinggikan kepada pemimpin, tentunya perkara yang telah diputuskan pimpinan dan syura berdalilkan al-Quran dan as-Sunnah mesti diikuti kerana ia bersifat mulzimah dan bukannya muklimah.

“Saya rasa gerun, zaman kita yang tidak ada sempadan bumi dan sempadan langit, zaman IT yang sangat canggih. Sekiranya kita gunakan IT ini untuk kehebatan Islam, untuk kita daulahkan Islam, untuk kita gerakkan jentera parti kita dengan berhemah, alhamdulillah dia akan jadi nikmat yang besar.

“Kalau digunakan dengan cara tidak baik ia akan beri fitnah sangat besar kepada perjuangan Islam, boleh runtuhkan perjuangan Islam. Perkara ini tidak patut berlaku dalam perjuangan Islam. Biarlah berlaku dalam di kalangan musuh kita yang bertelagah antara satu sama lain atau dan parti-parti yang tidak memperjuangkan Islam,” ujarnya yang turut menyatakan kekesalan terhadap kebebasan bersuara disalahguna ahli gerakan Islam hingga mendahului keputusan pimpinan atau syura.

Beliau turut mengingatkan peserta untuk menjaga ketertiban dan disiplin dalam perjuangan kerana ianya ibadah terbesar yang terhitung dengan syarat dan rukun disamping menjaga taqarrub kepada Allah.

Luahnya, beliau yakin kemenangan Islam semakin hampir dan berharap generasi ini sempat mengecapinya sekaligus melihat keruntuhan jahiliyah sebagaimana benarnya janji Allah.

#IjtimakTarbawi_4
#Ijtimak_Tarbawi_2014 
#Bersama_Kepimpinan_Ulamak 
#Tarbiyah_Teras_Istiqamah 
#Beramal_Kerana_ALLAH

0 comments: