Seeloknya Mashitah Sepentas Dengan Artis Berhijrah


MUHAMMAD FAIZAL | .





KUALA LUMPUR: ‎Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak kesal dan kecewa dengan keengganan Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim tampil meminta maaf secara terbuka sebaliknya hanya berdolak dalik.



Katanya, Mashitah sepatutnya berlapang dada dengan teguran yang diberikan terhadap ucapan pada Persidangan Wanita Umno sebelum ini.




"Tak salah untuk beliau memohon maaf secara terbuka kepada golongan artis yang berhijrah ke dalam PAS dan ingin mendekati golongan alim ulama, beliau tidak perlu takut atau malu.




"Untuk tidak memanjangkan isu ini, seeloknya Mashitah duduk sepentas dengan golongan artis yang berhijrah ini dalam membincangkan dan berkongsi pendapat supaya rakyat mendapat penjelasan," jelasnya kepada Harakahdaily.




Leman turut berpendapat, penjelasan Mashitah kelmarin adalah untuk menyelamatkan diri serta karier politiknya di hadapan rakyat.




Mashitah pada Persidangan Wanita Umno dengan lantang mengkritik fenomena ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ ini. 




Namun pada kenyataan berasingan kelmarin, beliau menjelaskan ia tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ di kalangan artis yang berhijrah. -HARAKAHDAILY 4/12/2014

0 comments: