Tun M: Namakan Orang Yang Layak Ganti Najib


HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mengalu-alukan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ramai yang layak menggantikan Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri. 



“Saya mengalu-alukan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan ramai orang layak ganti Najib. Kenyataan Tun adalah satu penegasan terhadap partinya sendiri yang pernah diterajuinya selama 20 tahun lebih. Perkara ini adalah satu keberanian yang hanya semata-mata untuk melihat masa depan negara mempunyai hala tuju dan berada pada landasan yang betul,” ujar Mahfuz.




Namun, Mahfuz menggesa agar Tun Mahathir seharusnya menamakan siapakah calon tersebut. Hal ini penting untuk dilihat oleh rakyat sama ada calon tersebut memenuhi kretiria dan kelayakan yang cukup. Biarlah ia menjadi perbahasan dan perdebatan umum sebelum UMNO dan BN memuktamadkan pengganti Najib.




“Jika calon itu lebih dari satu Tun boleh lah mengaturkan perbahasan dalam kalangan mereka untuk dinilai pengetahuan serta jelas visi dan misi hala tuju masa depan Malaysia yang mereka nak bawa dan Tun boleh bertindak sebagai moderator.” Ujar Mahfuz lagi.




Semalam, akhbar Sinar Harian menyiarkan wawancara eksklusif dengan Tun Mahathir. Dalam wawancara itu beliau menyatakan bahawa ramai yang layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. Namun, mereka tidak diberi peluang untuk masuk ke dalam Umno. – HARAKAHDAILY 9/12/2014. 

0 comments: