Ucapan Aluan Liqo' Fikri

Photo: Ucapan Aluan Liqo' Fikri 
Dr Ahmad Samsuri SU LTP PAS Pusat
13 Disember 2014
Stadium Tertutup MPSJ, Serdang

Pada saat ini kita semua hidup dalam dunia ledakan maklumat - hitam, dan putih, dan kadangkala terkeliru dengan warnanya kelabu; maka Liqa Fikri adalah bukan sekadar menyampaikan maklumat, bukan sekadar bersosial bertemu mata dan bersalaman di kalangan ahli parti, tetapi yang paling penting ialah untuk memurnikan kefahaman, meluruskan pandangan agar tidak bersimpang siur sehingga tersasar jalannya, membetulkan fikrah agar tidak menerjah kosong, melunakkan pertembungan, meleraikan kekusutan dan seterusnya memperkukuhkan saf perjuangan.

Adapun program tarbiyah dan segala bentuk perkaderan lain dengan nama usrah, tamrin, mukhayyam, rehlah, jaulah, ziarah, semuanya boleh dilaksanakan di peringkat kawasan dan negeri masing-masing. Dalam masa yang  sama, kreativiti dalam melaksanakan program tarbiyah adalah amat penting di saat program berbentuk pentarbiyahan kadangkala tenggelam dan timbul, dan akhir-akhir ini sunyi dari perbualan harian kita berbanding khusyuknya kita berbicara dan mengulas isu politik sekitaran kita.

Elok juga di kesempatan ini kita merenung apa yang dinukilkan oleh al-Marhum Mustafa Masyhur dalam "Jalan Dakwah : antara Qiyadah dan Jundiyyah", - "setiap pengikut hendaklah menjadi pengawal yang amanah kepada tujuan tujuan jamaah didirikan, supaya ianya tidak dipisah-pisahkan atau diubah walau bagaimana sekali jauh jalan yang dilalui dan banyak halangannya. Di sana tidak ada jalan yang selain dari Islam. Ianya dicetuskan dari perjalanan hidup Rasulullah saw. Janganlah menyahut keraguan atau sekatan orang yang suka mengadu domba dengan sebab jauhnya jalan ini dan banyaknya halangannya.  Masa ditimbang dengan umur dakwah dan umat. Halangannya hanya merupakan sunnah Allah SWT pada jalan golongan pendakwah"

0 comments: