Wala, Tonggak Kekuatan Parti



Hulu Langat, 3hb Disember

Wala', Tonggak Kekuatan Parti

 
"Dengar dan taat merupakan elemen dan tonggak penting dalam menentukan kekuatan dan kemenangan perjuangan PAS". Demikian tegas YB Dr Khairuddin At Takiri , AJK PAS Pusat ketika menyampaikan pidato Hiwar Siyasi dihadapan para penyokong PAS yang melimpahi Dewan Komta , Hulu Langat.

 
Menurut beliau lagi, assam'u wa too'ah (dengar dan taat) merupakan asas kejayaan untuk membawa risalah perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Bahkan kegagalan untuk merealisasikan elemen tersebut menyebabkan ahli PAS terdedah kepada perpecahan yang dicela dan tegah oleh agama.

 
Dengar dan taat adalah satu rukun penting dlm organisasi gerakan Islam sebagaimana nabi menuntut baiah para sahabat dari Yathrib sebelum hijrah sepertimana diriwayatkan oleh Ubadah bin Somit: "Kami baiah Nabi saw untuk dengar dan taat ktka sukar dn senang ketika cergas dan keadaan tidak suka"

 
"Kerosakan sebuah organisasi gerakan Islam apabila ketua yg mempunyai hak ditaati pada hukum syarak dlm perkara makruf dipertikai, dikecam, dicerca dan dimaki.


Kata Abu Darda' "permulaan sifat nifak seseorang ialah mengecam ketua", tegas beliau lagi yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

 
"wala' ditagih! Ini kerana Nabi SAW menagih wala' untuk dengar dan taat dalam peristiwa baiah orang-orang Yathrib di Mina sebelum berhijrah ke Madinah.

 
Wala' diitagih dan dituntut. Maka menjadi kewajipan kepada ahli-ahli mentaati ketua dan apabila engkar, mereka dituntut untuk kembali dengar dan taat apabila berlaku keengkaran"


Demikian ujar beliau ketika ditanya persoalan yang dikemukakan oleh hadirin yang bertanya "Adakah wala' ditagih atau diperolehi".

0 comments: