Catatan Dhuha




Salawat kepada Nabi SAW bukan sahaja di bulan Rabiul Awal, tetapi ia mesti menjadi wirid harian kita. Semoga dengan amalan Salawat ini akan membuahkan kecintaan kita kepada baginda yang mendalam.

Harapan kita supaya Salawat akan mengubah cara berfikir dan bertindak selari dengan ajaran yang diajar oleh Nabi SAW. Jika majlis Salawat dibuat, tetapi watak dan tingkah laku bertentangan dengan apa yang baginda ajar maka ini satu lakonan di pentas dunia sahaja, akibatnya akan diperolehi di akhirat.

0 comments: