Catatan Dhuha


Hati tidak akan lembut dan halus kecuali kalau mendengar kata-kata yang penuh kasih sayang dengan penyampaian yang menarik. Telinga juga tidak akan mendengar dengan khusuk kecuali kalimah yang disirami dengan kecintaan dan kejernihan. Hati dan nyawa juga tidak akan patuh dan tunduk kecuali terhadap sesuatu yang mengandungi hikmah dan pelajaran. Alangkah indahnya jika kita sebagai du'at dapat mempraktikkan sifat ini. Cuba bayangkan kalau kita sebagai mad'u sudah tentu kita mudah menerima apa yang disampaikan. Pesanan ini untuk diri saya terutamanya dan juga kepada mereka yang berminat. 

Ustaz Idris Hj Ahmad 
29 Rabiul Awal 1436/ 20 Jan 2015 Selasa.

0 comments: