Catatan Tadabbur Qur'ani Juz 10 : Orang Mukmin Dan Panggilan Jihad Fi Sabilillah





 (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ) [Surat At-Tawba : 38]


(إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ) [Surat At-Tawba : 39]


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.




Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



- Orang Beriman itu dekat dengan Allah dan sentiasa dipanggil Allah

- Orang Beriman itu sentiasa dijaga Allah supaya terus hidupnya penuh dengan jihad di jalan Nya

- Orang Beriman itu tidak akan dibiarkan berterusan alpa tenggelam dengan kesenangan hidup dan kealpaan 

- Orang Beriman itu dididik Allah agar mengutamakan kehidupan yang membawa kebahagiaan Akhirat dan memandang kecil kesenangan dunia

- Orang Beriman sentiasa takut dengan ancaman azab Allah sekiranya tidak mahu berjihad fi sabilillah

- Orang Beriman sentiasa takut akan ditarik ni'mat keimanan dan kemanisan berjihad fi sabilillah, ganjaran daripada Allah serta akan digantikan dengan golongan yang lebih baik daripada mereka


Dr.UsWah

0 comments: