Maksud Surah Asy- Syam (Matahari)





1. Demi matahari dan gelombang cahaya paginya.  

2. Demi bulan yang mengiringinya.  

3. Demi siang apabila cahayanya semakin terik. 

4. Demi malam apabila kegelapan menyelubunginya. 

5. Demi langit dan segala pembinaanya yang utuh kukuh.

6. Demi bumi dan apa yang yang menjadikannya terhampar luas. 

7. Demi jiwa manusia dan proses penyempurnaan penciptaannya. 

8. Lalu Dia mengilhamkan kepadanya kecenderungan ke arah kejahatan dan ketakwaan.

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya.

10. Sebaliknya rugilah orang yang mencemarkan pembangunan hatibudinya.

11. Renungkan, betapa kaum Thamud telah mendustakan rasulnya. Ketika mereka menuruti sifat angkuh dan kebiadabannya.

12. Sehingga membenarkan orang yang paling celaka memimpin mereka.

13. Apabila nabi Saleh yang diutuskan Allah kepada mereka menasihatkan: “Biarkanlah unta betina anugerah Allah itu mengecapi minumannya.

14. Namun mereka tidak mempedulikan arahan tersebut dan lantas menyembelih unta istimewa itu. Kerana itu Tuhan menggodam dan memusnahkan mereka sehingga rata. 

15. Allah tidak peduli apa jua akibatnya.

0 comments: