PAS Sabah Rayu Bantuan Segera Mangsa Banjir Di Daerah Pitas



PAS Sabah ingin merayu kepada kerajaan, NGO dan orang ramai agar dapat membantu mengsa banjir yang sedang melanda di daerah Pitas sekarang. Kebanyakan mangsa banjir yang terlibat amat mengharap bantuan segera kerana setakat ini mereka berada dalam keadaan lapar dan dahaga berikutan kekurangan bekalan di pusat pemindahan yang disediakan. Diantara kampung yang terlibat ialah :
1. Pandan Mandamai
2. Pinapak
3. Kg Tambilidon
4. Kg Kibulu
5. Kg Rukom Ulu
6. Kg Boribi, Kanibungan
7. Kg Kelumpang
8. Kg Gusung
9. Kg Pondoi
10. Kg Kemiri
11. Kg Kebatasan
12. Kg Dandun
13. Kg Kusilad

Diantara bantuan segera yang diperlukan ialah:
1. Pasukan dan jentera penyelamat bagi kawasan yang dalam dan tidak sempat berpindah sebelum air naik ke paras bahaya. Keadaan ini mungkin berlaku pada waktu malam. 
2. Keperluan asas seperti makanan kering, minuman panas 3 in 1, susu tepung untuk bayi dan botol susu, tuala wanita,  air minuman atau air mineral, racun nyamuk  atau kelambu, makanan segera(Maggie, Sardin, telur) dan lampin bayi.
3. Pakaian dan selimut.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai banjir serta menghulurkan bantuan boleh menghubungi  Penyelaras Banjir Pitas saudara Nemron Loveh 013-5569272 atau Whatsapp 014-5648846.
Sebarang bantuan boleh dimasukkan ke TABUNG BENCANA PAS SABAH menerusi akaun Bank Islam 10016010082855 (atas nama PAS Negeri Sabah). Sila tulis “dana bencana” untuk rekod kami.

Mohd Aminuddin Aling
Pesuruhjaya PAS Sabah
6 Januari 2015

0 comments: