KENYATAAN MEDIA KONGRES PROFESIONAL MUSLIM SEMALAYSIA


Alhamdulillah, persiapan ke arah Kongres, yang pertama kali akan di adakan di Malaysia ini berjalan lancar. Pihak Gabungan NGO Profesional Muslim, berasa amat teruja dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh Sekretariat untuk mempastikan semua persiapan berjalan seperti yang dirancang.


Semua persiapan yang sedang rancak berjalan ini adalah untuk mempastikan semua objektif Kongres akan tercapai dengan jayanya. Pihak penganjur amat yakin bahawa barisan panelis-panelis yang telah di jemput untuk mengemukakan pandangan dan pengalaman mereka adalah terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

Nama-nama seperti Prof. Dr. Badlihisham Mohd. Nasir dari Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Khazani Abdullah dari Significant Technologies Sdn. Bhd. dan YM Raja Dato’ Idris Raja Kamaruddin, yang merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, akan memberikan paradigma baru dan menyelongkar konsep profesionalisma sebagai penyelesaian utama kepada semua permasalahan manusia dan dunia. Ini dilakukan dengan melihat model Rasulullah SAW dan para sahabat dari perspektif hubungan yang berintegrasi antara ulama’ dan profesional.

Manakala pada sesi kedua pula suatu bedah siasat akan di utarakan untuk lebih memahami dan melihat dengan dekat bagaimana PAS mengurus, menyusun dan memobilisasi golongan profesional yang berintegrasi bersama kepimpinan ulama’ ke arah melahirkan suatu gerakan Islam yang holistik. Ini akan dibentang dengan mendalam oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Setiausaha Politik, Presiden PAS, Dr. Wan Nik Wan Yusof dari Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan dan penganalisis politik Dr. Mohd Fadli Ghani.

Untuk lebih mendapatkan pencernaan akademik dan praktis, Kongres juga mempunyai sesi ulasan kertas kerja yang akan dilakukan oleh pengulas-pengulas gabungan daripada para akademik dan pengamal politik. Mereka adalah YB Zaidy Abdul Talib, Dr. Suhaini Kadiman, YB Dato' Dr Mohd Fadzli Hassan, Tuan Haji Muhammad Burok dan Prof. Dr. Anuar Ahmad.

Dengan barisan pembentang dan pengulas yang akan diutarakan oleh Kongres ini, sambutan awal yang telah ditunjukkan oleh bakal peserta adalah amat mengalakkan. Jesteru itu, penganjur menjemput dan mengalu-alukan para profesional muslim untuk sama-sama datang menyertai dan menjayakan Kongres ini.


MAZLI NOOR 
Timbalan Pengarah, Kongres Profesional Muslim SeMalaysia
3 April 2015, Bandar Baru Bangi.

0 comments: