Di Saat Kita Bercuti, Mereka Masih Bekerja

Diterbitkan: 05 Mei 2015
Ditulis oleh Ir Mohd Azwani Abdul Rani

Jabatan Amal Bintulu dengan kerjasama Pemuda PAS Bintulu meneruskan tradisi ziarah agensi kerajaan sempena Cuti Hari Pekerja 1 Mei 2015 baru-baru ini.

AJK Jabatan Amal Bintulu, saudara Faizul menyatakan bahawa ziarah ini dilakukan bagi menghargai jasa-jasa para kakitangan jabatan jabatan yang tetap menjalankan tugas di saat kakitangan lain sedang bercuti.  Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil-wakil agensi yang sanggup menerima kehadiran Jabatan Amal Bintulu.

Pemuda PAS Bintulu pula menggesa agar pihak kerajaan meningkatkan kebajikan kakitangan agensi-agensi ini sebagai salah satu anugerah dari pihak kerajaan. AJK Pemuda PAS Bintulu, saudara Mazlan menyatakan bahawa PAS akan terus berusaha melaksanakan tugas-tugas kebajikan serta menjalinkan hubungan mesra dengan semua agensi kerajaan.

Walaupun sumbangan yang diberi tidaklah seberapa namun ianya adalah sebagai simbolik kepada tanda ingatan dan persahabatan antara parti politik dengan agensi-agensi kerajaan yang telah menjalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh rakyat.  Kita berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan amanah dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

0 comments: