Kenyataan Media: Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tabung Haji


1. Melihatkan perkembangan berkenaan isu wang Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan 1 MDB, satu Jawatankuasa Bertindak akan ditubuhkan pada Ahad, 10 Mei 2015. Ia akan melibatkan tenaga pakar daripada pelbagai sektor dan wakil pendeposit Tabung Haji.


2. Isu ini perlulah dipandang serius oleh semua pihak kerana Tabung Haji merupakan institusi mulia yang dimiliki ummat Islam di Malaysia. Amatlah tidak wajar, wang simpanan hasil titik peluh mereka digunakan untuk menyelamatkan syarikat bermasalah, 1 MDB yang juga merupakan syarikat milikan kerajaan.


3. Jawatankuasa Bertindak itu nanti akan memantau, mengumpul maklumat, menganalisa, dan bertindak demi mempertahankan hak para pendeposit Tabung Haji daripada menjadi mangsa akibat kegagalan pihak kerajaan menguruskan 1 MDB.

Hakikatnya, isu Tabung Haji ini bukanlah yang pertama, ia telah pun berlaku dahulu pada skandal Perwaja, MAS, PKFZ dan terkini Felda dan 1 MDB ini.



4. PAS mengingatkan dengan tegas kepada Kerajaan BN-UMNO pimpinan PM Najib, jangan menggadaikan institusi ummat Islam ini. Di manakah pendekatan Wasatiyyah dan Maqasid Syariah yang dicanang siang-malam itu, jikalau Tabung Haji boleh dipergunakan sedemikian rupa..?

Rakyat di Rompin dan Permatang Pauh sudah pun memberikan signal dan loceng amaran kepada BN, dan gelombang perubahan ini akan terus berkekalan sehingga PRU 14 kelak, insyaAllah.



YB Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
Pengerusi Penganjur Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tabung Haji

0 comments: