Keputusan Rasmi PRK P091 Rompin

Diterbitkan: 05 Mei 2015
Ditulis oleh Super User
KEPUTUSAN RASMI :
PAS - 14,901
BN - 23,796 ( Menang )

Majoriti - 8,895 (Majoriti PRU 13 - 15,114)

Alhamdulillah PAS berjaya mengurangkan 41 peratus atau 6,219 majoriti undi BN. Allahuakbar !!

Calon BN Datuk Hasan Arifin menang dengan majoriti 8,895 undi, menurun berbanding majoriti yang diterima BN pada pilihan raya umum lalu.

Menurut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah peratusan keluar mengundi bagi PRK P.091 Rompin juga merosot berbanding PRU13 dengan hanya 73 peratus yang keluar mengundi.

Pada PRU13, penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis mengekalkan kerusi Parlimen berkenaan untuk penggal keenam setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.


PRK Rompin diadakan berikutan kematian Dr Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

0 comments: