MARA TIDAK SERIUS LAHIRKAN SARJANA BERJAYA


Isu MARA memberi peluang kedua kepada pelajar Malaysia yang didapati menyimpan bahan lucah bagi saya suatu pembaziran dana sekaligus membuktikan MARA sebenarnya tidak serius dalam melahirkan sarjana-sarjana berperibadi mulia.


Pihak MARA perlu kaji semula 'requirement' yang perlu dipenuhi pelajar agar bukan sahaja meletakkan benchmark yang tinggi pada keputusan SPM atau CGPA, namun menjadikan akhlak atau 'good character' juga sebagai syarat utama pemohon. Kedua-dua aspek ini perlu dipantau dari semasa ke semasa.


Sistem pendidikan sedia ada tidak lebih dari sistem melahirkan 'haiwan ternakan'. Manusia yang asalnya mulia, namun disebabkan sistem yang tidak mengi'tiraf dosa pahala, maka lahirlah individu berijazah tapi sedih, perjalanan hidupnya didorong oleh nafsu kepada dunia.


Islam mementingkan kecemerlangan akademik, bahkan ramai ilmuwan terulung datangnya dari Islam, antaranya Ibnu Sina yang pakar dalam perubatan, doktor pertama yang menemui kaedah membedah pesakit, juga al-khawarizmi yang mahir dalam matematik sehingga menetapkan formula-formula yang masih diguna-pakai sehingga ke hari ini. Namun dalam Islam, kejayaan yang sebenar di akhirat, setelah ditempatkan di Syurga Allah, dunia yang kita duduki sekarang hanyalah ujian. Ujian yang akan menentukan tempat rehat kita kelak, syurga atau neraka jahannam.


Kes ini membuka mata kepada betapa rosaknya pendidikan kita dikendalikan. Kita cukup bimbangkan generasi muda hari ini, dengan 'exposure' kepada pelbagai perkara tidak sihat. Maka pihak berkenaan, khususnya Kerajaan Malaysia mesti bertindak membuat perubahan. Saya tidak bermaksud perubahan drastik sehingga mengubah sistem itu keseluruhannya, bimbang masyarakat tidak sempat 'adapt'.


Saya cadangkan agar Kerajaan teliti dulu sistem sedia ada, di mana kesilapannya, merujuk kepada Quran dan Hadis sebelum membuat sesuatu perkara. Cukup sudah kerosakan yang kamu lakukakan pada bangsaku hanya kerana mengikut logik akal.


Kedua, saya ingin nyatakan kepada pihak MARA dan pelajar yang bertanggungjawab, ramai lagi pelajar di luar sana yang memerlukan biayaan untuk sambung belajar, yang jauh lebih bersungguh untuk memenuhi harapan masyarakat.


Ya, Islam tidak pernah menghukum seseorang itu kekal dalam dosa, setelah dia bertaubat kepada Allah. Jika dikenakan hukuman, hukuman itu mestilah sifatnya mendidik, dan jika MARA menarik pinjaman tersebut, bagi saya ia masih dalam lingkungan usaha mendidik.


Saiful Mujahid Mohd Fadzil
Majlis Politik Nasional 
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

0 comments: