Pengurusan Tabung Haji Orang Berkepentingan Dalam 1 MDB..?


1. Pusing sana-pusing sini rupa-rupanya pihak pengurusan tertinggi Tabung Haji adalah orang besar juga dalam 1 MDB.


2. Saya merujuk kepada berita The Edge hari ini dan menyemak nama-nama tersebut di laman web Tabung Haji dan 1 MDB. Sungguh mengejutkan. Ianya secara tidak langsung menzahirkan kewujudan elemen "conflict of interest"..


3. Siapakah mereka itu..? ;

a) Tan Sri Ismee Ismail, CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan ahli Lembaga Pengarah 1 MDB

b) Dato' Johan Abdullah, Timbalan CEO dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan Pengerusi anak syarikat 1 MDB iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd

c) Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias, Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji merupakan Ahli Panel Penasihat 1 MDB


4) Isu ini begitu besar kerana Tabung Haji merupakan insitusi milik ummat Islam. Duit yang disimpan oleh pendeposit itu adalah hasil titik-peluh mereka untuk menunaikan Haji, maka amatlah zalim jika Tabung Haji dipergunakan oleh orang politik untuk menyelamatkan 1 MDB yang sedang mengalami masalah kritikal apabila hutangnya kini sudah pun mencecah RM 42 Billion.


5) Bukankah Tabung Haji dan 1 MDB adalah institusi dan syarikat yang sama di bawah seliaan kerajaan pusat.? Hebat perniagaan mereka ini. 

Tanah dulu dibeli oleh 1 MDB hanya RM60/kaki kemudian sekarang dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM2860/kaki..



6) Adakah ummat Islam masih boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah ini..?

Kesemua yang bersekongkol dengan projek menyelamatkan 1 MDB yang hampir karam ini perlu diingatkan, mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi perlu menjawab juga di Mahkamah Allah kelak.

Amanah dipermainkan sebegitu sahaja...



Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli,
Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS

0 comments: