PRK Rompin Loceng Amaran Buruk Buat BN

Diterbitkan: 07 Mei 2015
Ditulis oleh Mohd Shahir

1. Keputusan Pilihanraya Kecil P 091 Rompin memberikan loceng amaran buruk buat Barisan Nasional. Walaupun BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut namun majorotinya merosot teruk dengan jumlah undi yang diterimanya juga merudum berbanding PRU 13.

2. Jelas ini membuktikan rakyat mula bangkit dan sedar dari lamunan mimpi indah yang dicanang BN. Tidak selamanya pengundi Felda yang dikatakan ‘fixed deposit’ UMNO itu kekal menyokong mereka. Bahkan, gelombang perubahan besar-besaran juga berlaku dalam kalangan anak muda yang merupakan pengundi saluran 3, 4 dan 5. Jumlah undi yang diterima oleh calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad menunjukkan trend peningkatan sedangkan BN pula sebaliknya.


3. Adakah BN khususnya PM Najib masih berada dalam ‘denial syndrome’ untuk menafikan sokongan rakyat kepadanya kian merosot. Seluruh rakyat jelata begitu terkesan dengan pelaksanaan GST yang menambahkan lagi bebanan kehidupan mereka. Tambahan pula, PM Najib terus diasak hebat oleh Mantan PM, Tun Doktor Mahathir khususnya berkenaan penyelewengan 1 MDB yang telah menyebabkan berbilion Ringgit wang negara hilang entah ke mana.



4. Tidak mustahil, PM Najib akan membubarkan Parlimen lebih awal untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat sekaligus untuk memperlahankan serangan ke atasnya. PM Najib harus ingat, rakyat kini sudah sedar dan bangkit untuk membuat perubahan menyelamatkan negara daripada terus diperintah oleh rejim BN-UMNO. Semoga semangat gelombang perubahan di PRK Rompin ini akan disambut pula di PRK Permatang Pauh pada hari ini. 



YB Dato’ Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

0 comments: