Tabung Haji : Siasatan Segera dan Janji TPM


1. Malaysia dikejutkan dengan lagi dengan kebocoran dokumen kontroversi Lembaga Tabung Haji (LTH) pada 5 Mei lalu yang menunjukkan pembelian tanah 1MDB dengan harga yang tinggi oleh LTH. Rakyat maklum Tabung Haji ialah satu institusi di mana umat Islam di Malaysia akan meletakkan caruman serta simpanan wang bagi tujuan menunaikan haji atau umrah.


2. Kebocoran dokumen ini membuatkan rakyat makin resah dan cuba mencari kaitan antara Tabung Haji dan 1MDB. Hari ini kita melihat kebanyakan pemegang jawatan besar Tabung Haji juga merupakan pemegang posisi utama dalam 1MDB. Hal ini membuatkan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada ahli politik dengan isu yang berlaku apatah lagi rakyat maklum isu ketirisan wang 1MDB yang masih tidak henti diberitakan.


3. Sehubungan dengan itu, Sinergi Gerakan Mahasiswa (SIGMA) mengharapkan isu ini dapat diuruskan dengan penuh ketelusan dan keadilan berbanding isu-isu berprofil tinggi yang tidak diurus dengan adil dan menjadi tanda tanya rakyat seperti isu 1MDB dan isu Altantuya.


4. SIGMA juga mengharapkan pihak SPRM dan mungkin lebih akauntabiliti ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi membuat siasatan terhadap isu ini secara serius walaupun Pengarah Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terbaru telah menafikan tuduhan tersebut. Jelas beliau LTH akan mengeluarkan kenyataan serta ia dapat membersihkan nama Tabung Haji sebagai institusi penting rakyat Malaysia. SIGMA juga berpendirian institusi ini perlu dipisahkan antara kepentingan peribadi dan politik dalam menjaga kepentingan awam. Tiada lagi lantikan politik dalam mengetua agensi dan institusi umpama LTH.


5. Ini selari dengan etika dan prinsip politik Islam yang menekankan elemen keadilan dalam urus tadbir negara dan sebagai bukti 'good governance' pentabiran negara. Islam juga sangat menitikberatkan perhitungan dosa pahala dalam melaksanakannya. SIGMA juga menuntut janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang memberi janji tidak dilibatkan pihak kerajaan bagi menyelamatkan 1MDB.


6. Amanah merupakan satu bebanan yang akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. SIGMA kesal sikap sesetengah pihak yang menjadikan amanah serta jawatan untuk kepentingan 'periuk nasi' masing-masing. Malangnya sikap tidak takutkan tuhan sesetengah pimpinan negara ini akhirnya menghasilkan masalah yang meruncing setiap hari dengan isu buang bayi, kes dera dan buli serta isu penafian kemalangan DUKE yang menunjukkan masyarakat semakin tidak takut dan percaya akan tuhan.


Farah 'Aqilah Bte Abd Hamid
Timbalan Pengerusi SIGMA

0 comments: