Catatan Tadabbur Qur'an Juz 14: Menghadapi Penentangan Musuh





(وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ ۖ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ * وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ * إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ)

[Surat An-Nahl 126 - 128]

Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.


1.  Setiap perjuangan kebenaran akan berhadapan dengan pelbagai bentuk penentangan kerana itulah sunnah yang dilalui oleh para nabi dan rasul.


2.  Tindakan musuh boleh dibalas dengan kejahatan yang setimpal dengannya.


3. Akan tetapi sabar dan menyerahkan segala balasan kepada Allah adalah sebaik2 tindakan dan semulia akhlak.


4. Penentangan musuh membuatkan para pejuang kebenaran semakin dekat Allah, bertambah taqwa dan semakin dikasihi Allah.

0 comments: