Mesyuarat Pertama JK PAS Hari Ini


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2015-2017 akan mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini (Rabu, 10 Jun 2015) di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat yang akan berlangsung jam 8.30 malam ini akan melantik setiausaha agung, ketua penerangan, bendahari dan semua jawatan yang dilantik.

Bagaimanapun katanya, mesyuarat esok tidak akan membincangkan kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat.

"PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita malam ini," katanya.

0 comments: