Wahai Diriku Dan Temanku


Wahai diriku dan temanku

Rasulullah SAW Bersabda: "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka di akhirat. Mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga malam kerana memperjuangkan agama Allah." Menangislah kerana dosamu, kerana tangisan itu akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, walaupun terlalu sukar manusia menangis kerana dosanya. Dan berjaga malamlah demi memperjuangkan agama Allah. Sabarlah wahai anakku di atas kepenatanmu sehingga tengah malam, di saat semua orang sedang tidur lena dibuai mimpi, kamu masih berada di atas jalanraya menahan kepenatan dan keletihan memperjuangkan agama Allah

Wahai diriku dan temanku

Ingatlah pesanan Tuan Guru Nik Aziz, biarlah kita penat di dunia, semoga kita tidak penat nanti di akhirat.

(Dipetik dari Buku Senyumlah 2- Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS)

0 comments: