DHPP setia, bantu sepenuh hati

Tanpa berselindung mengakui bahawa situasi dalaman yang melanda PAS dan Pakatan Rakyat turut menjejaskan keutuhan ahli sayap PAS di negeri itu kepada parti, demikian kata Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Kedah, William Khor Eng Hin.
Malah menurut beliau, hasrat PAS Kedah untuk memenangi pilihan raya serta kembali memerintah akan menjadi sukar dan seumpama mimpi seandainya pertembungan dalaman terus berlaku dan tidak diselesaikan.
Katanya, pergaduhan dalaman adalah perkara biasa sepertimana hubungan suami isteri yang boleh diredakan, tetapi akan menjadi bertambah teruk apabila didedahkan atau bertarung secara terbuka di ruangan media sosial seperti ‘facebook’ dan seumpamanya.
“Mereka (pimpinan baru PAS Kedah) mesti kumpulkan balik (satukan) orangorang kita semua.
“Tapi kita kena lawan, lawan sungguh-sungguh. Kami DHPP akan tolong sepenuh hati,” ujarnya.
Akui William, menghadapi situasi dan cabaran sukar itu katanya, pimpinan PAS Kedah mesti berusaha sebaik mungkin menangani masalah tersebut secara konsisten agar keyakinan ahli dapat dipulihkan.
“Saya sedang berajin-rajin turun tiap-tiap kawasan. Kita sudah tubuh di lapan Kawasan. Saya ada hubungi Ahli-ahli Jawatankuasa di kawasan-kawasan ini mereka janji tidak lari, tapi ahli-ahli bawah kita tidak tahu.
“Jadi saya sudah bagi tahu, kena kawal ‘facebook’. Ini yang bagi kita pecah. Ini yang buruk kita semua
nampak, luahnya.
Tambahnya lagi, untuk pilihan raya PAS pasti berdepan dengan BN yang akan menabur duit dengan banyaknya serta persaingan tiga penjuru.
Oleh itu serunya, pimpinan mesti segera menangani keadaan tersebut agar PAS dapat kembali seperti sedia kala seterusnya memberi fokus menjatuhkan musuh sebenar iaitu BN.

0 comments: