RUMAH TERBUKA PAS 2015, SEMUA DIJEMPUT


Parti Islam SeMalaysia (PAS)  akan mengadakan Rumah Terbuka PAS sempena sambutan Hari Raya Eidulfitri 2015 pada hari Sabtu, 8hb Ogos, 2015 bertempat di dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula jam 1 petang hingga 4 petang. 


Selain ahli-ahli PAS, kita juga menjemput juga rakan-rakan media, wakil parti-parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta kedutaan-kedutaan yang ada dinegara ini..


PAS telah sekian lama mendokong tema ‘PAS Untuk Semua’ ingin menjemput semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira fahaman politik hadir ke rumah terbuka sempena dengan Aidilfitri tahun ini pada hari Sabtu ini.  


Adalah diharapkan semua pemimpin-pemimpin politik dan NGO daripada pelbagai fahaman politik sama ada dari kalangan pembangkang atau kerajaan  dapat bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri.


Kami akan sambut semua yang hadir dan menikmati juadah yang disedaikan dengan seadanya. Apa yang penting kepada kami adalah silaturahim antara PAS dengan semua pihak terus terjalin kukuh.


Dato’ Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agong PAS



0 comments: