Pendukung PAS jangan sekadar berpeluk tubuh


RANTAU PANJANG: Biarpun PAS Kelantan kurang terkesan dengan gerakan memecahkan parti itu dari dalam, namun ahli dan pendukung PAS perlu terus istiqamah mempertahankan kepimpinan ulama.

Setiausaha Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kelantan, Md Ashaari Mamat berkata sikap istiqamah dan semangat juang perlu ditonjolkan ketika ada segelintir bekas pemimpin PAS mencari wadah baru.

Katanya, ahli dan penyokong PAS tidak boleh hanya berdiam diri di saat ada pihak berusaha merencat perjuangan mendaulatkan Islam.

“Oleh itu bagi mempamerkan semangat juang yang tidak pernah pudar, ahli dan penyokong PAS perlu menghadiri Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan yang akan diadakan Sabtu ini.

“Kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh melihat telatah segelintir rakan yang cuba merosak perjuangan diasas ulama sejak 1951,” katanya di sini.

PAS Kelantan akan menganjurkan Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK) pada 3 Oktober ini bertempat di Markas PAS Rantau Panjang.

Program itu bermula dengan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden pada sebelah pagi, santai anak muda dan jamuan rakyat di sebelah petang.

PIHAK dimulakan dengan kuliah haraki disampaikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Senator Datuk Dr Johari Mat diikuti solat Isya dan solat hajat.

Kemudian ceramah membariskan Naib-Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan.

Selain itu anggota-anggota jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohamed Fadhli Hassan, Datuk Nasuruddin Daud, Razman Zakaria dari Asokan Perumal dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Md Ashaari juga berkata ahli dan penyokong PAS turut berpeluang berdialog dengan pemimpin PAS Pusat berkaitan isu semasa yang berlaku sekarang.

Katanya program itu akan diadakan jam 12 tengahari turut membariskan Ustaz Idris Ahmad, Datuk Ir Iskandar Abd Samad, Ustaz Nasruddin Hassan, Ustazah Nuridah Salleh dan Datuk Mustafa Ali.

“Pada sebelah petang pula kita akan saksikan konvoi bermotor dan kereta antik anak-anak muda dan persembahan dikir barat serta pertunjukan aerospace,” ujarnya. 
    
Markas PAS Rantau Panjang dibangunkan di kawasan seluas 12 ekar dilengkapi dewan dua tingkat, masjid, asrama pelajar tahfiz, kantin, Pusat Pengembangan Wanita Kelantan dan padang bola.

Setiausaha PAS Rantau Panjang, Abdul Rasul Muhamad berkata PAS kawasan itu sedia menerima pendukung PAS dari seluruh Kelantan bagi melahirkan iltizam mempertahankan kepemimpinan ulama. - HARAKAHDAILY 29/9/2015

3 comments:

PAS Kubang Kerian kekal istiqamah

KUBANG KERIAN: PAS kawasan ini yang diketuai Datuk Husam Musa kekal istiqamah meneruskan perjuangan bersama kepemimpinan ulama sehingga mampu menduduki Putrajaya.

Timbalan Yang Dipertuanya, Abdul Rahman Yunus berkata PAS kawasan itu meneruskan gerak kerja parti seperti biasa ketika ada segelintir pemimpin di kawasan lain menyertai wadah baru.

“Kepimpinan PAS Kubang Kerian kekal istiqamah biar pun ada pihak cuba mempengaruhi bagi meninggalkan perjuangan sekarang.
“Begitu juga Datuk Husam selaku Yang Dipertua biar pun didatangi pihak tertentu untuk mempengaruhinya, namun dia kekal mempertahankan perjuangan lama,” katanya di sini.

Semalam Ketua Muslimat PAS Kota Bharu, Rohani Ibrahim memberitahu PAS kawasan terbabit tetap utuh biar pun bekas Yang Dipertua, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyertai Gerakan Harapan Baru.

Abdul Rahman yang juga Adun Pasir Tumbuh berkata setakat ini belum ada anggota jawatankuasa PAS Kubang Kerian yang meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun katanya kedengaran ura-ura seorang anggota jawatankuasa menyertai Harapan Baru, namun maklumatnya mengenainya tidak jelas.

“Pentadbiran PAS Kubang Kerian berjalan seperti biasa biar pun YDP keuzuran sekarang. Saya dan anggota jawatankuasa lagi meneruskan gerak kerja parti.

“YDP masih memberi komitmen biarpun masih lagi uzur,” katanya.

Menurutnya juga penjelasan isu semasa dan dialog yang dianjurkan PAS negeri di kawasan Kubang Kerian mendapat sambutan menggalakkan.

Katanya, setakat ini Dun Demit dan Salor sudah diadakan program dialog dan penerangan isu-isu semasa dengan kehadiran ramai pemimpin dan penyokong tempatan.

Kata beliau penerangan dan dialog tertutup peringkat kawasan yang turut dihadiri Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad diadakan di Pasir Tumbuh bulan lepas dihadiri ramai pemimpin kawasan dan cawangan.  - HARAKAHDAILY 30/9/2015

0 comments:

PAS Kota Bharu tetap utuh tanpa YDP

KOTA BHARU: PAS Kota Bharu tetap utuh biarpun bekas Yang Dipertuanya (YDP), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kini menyertai Parti Amanah Negara.

Ketua Muslimat PAS Kota Bharu, Rohani Ibrahim berkata PAS kawasan berkenaan kini diurus anggota jawatankuasanya diketuai Dr Rosli Alaani Abdul Kadir.

“PAS Kota Bharu tetap berjalan seperti biasa khususnya melalui program bersama masyarakat diadakan dari semasa ke semasa.
“Lagipun Cikgu Wan Rahim berpesan kepada semua anggota jawatankuasa pada mesyuarat khas sebelum ini supaya menjaga PAS sebaik mungkin.

“Pada masa yang sama juga dia juga tidak membenarkan sekali-kali ahli parti keluar daripada PAS biar pun dia menyertai parti baru,” katanya di sini.

Menurutnya lagi bekas YDP turut berpesan supaya menjaga kemenangan PAS di negeri itu terutamanya di Parlimen Kota Bharu.

Bagaimanapun Rohani yang juga Adun Tanjung Mas berkata pemergian Wan Rahim diakui memang memberi kesan kepada parti memandangkan beliau sudah lama menerajui PAS Kota Bharu.

“Malah bagi kami ia satu kehilangan besar bagi PAS Kota Bharu, tetapi apa boleh buat kerana itu pilihannya,” ujar beliau.

Wan Rahim kini mengetuai Amanah Negeri Kelantan. Turut menyertai parti tersebut bekas anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin dan bekas Adun Pasir Mas era 1970-an, Hashim Omar. -HARAKAHDAILY 29/9/2015

0 comments:

Harga Minyak Dunia turun. Harga Minyak Malaysia Naik.

Harga Petrol dan diesel

Ketika kerajaan memulakan perlaksanaan GST pada bulan April 2015 yang lalu banyak yang telah dijanjikan kepada rakyat.


Antara lain harga barangan diberitahu akan menjadi lebih rendah. Bahawa dengan hasil cukai yang bertambah, kerajaan akan punya lebih wang untuk memberi berbagai manfaat tambahan kepada rakyat.
Harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik 10 sen bagi Oktober


Malangnya semua itu tidak benar. Harga barangan pengguna naik dengan banyak meningkatkan kos hidup. Tinjauan yang pernah dibuat oleh Gabungan Persatuan Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA) mengesahkan itu.

Wang yang dikatakan akan bertambah seolah olah tidak memberi manfaat dan tenggelam dalam skandal 1MDB yang begitu besar melibatkan pinjaman 42 Billion Ringgit yang mencurigakan masyarakat antarabangsa dan segenap lapisan rakyat Malaysia. 


Bank Negara Malaysia tanpa berselindung mengaitkan masalah ekonomi negara dengan isu 1 MDB. 


Kejatuhan nilai matawang ringgit yang kini jatuh ke paras terburuk RM4.44 untuk setiap Dollar Amerika mengurangkan kuasa beli wang ringgit.


Rakyat semakin kekurangan wang. Tapi Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mudah sahaja dapat wang. 'Ada pihak' yang sudi menderma RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau. 


Bila ada pemimpin peminpin kanan UMNO yang mempertahankan derma ini sebagai 'biasa', kita terperanjat. Adakah nilai 'derma' berbillion masuk ke akaun pemimpin pemimpin UMNO sudah begitu banyak kali berlaku sehingga ia tidak dianggap luar biasa oleh pemimpin pemimpin UMNO.


Dalam keadaan harga minyak mentah dunia merosot dengan banyak menjadikan harga petrol dan diesel menjadi lebih murah ditempat lain, mulai esok, harga petrol dan diesel di Malaysia naik lagi 10 sen setiap liter.


Kerajaan dijadualkan membentang Belanjawan 2016 pada bulan ini, Oktober. Mungkin boleh jadi satu silap mata sedang dirancang. Naikkan harga minyak hari ini, kemudian diatur 'berita gembira' untuk rakyat, ole ole segera dalam belanjawan nanti.


Sampai bila rakyat terus sanggup terpedaya dengan permainan ambil dengan banyak hasil dari rakyat dan sumber asli negara dan kemudian pulangkan kembali cuma sedikit bagi menutup kesalahan penyelewengan dan ketidakcekapan.


Rakyat mengecam kenaikan harga bahanapi asas ini, Petrol dan Diesel. Kerana disebalik pelbagai jaminan yang pernah dibuat oleh kerajaan, tindak balas rantaian terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pengguna tetap akan berlaku dari bahan makanan asas hinggalah pengangkutan awam.


HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
1hb Oktober 2015

0 comments:

Tinta Ulamak ( Siri 8) Amanah Menjaga Bumi Allah SWT

TINTA ULAMAK (Siri 8 )
Amanah Menjaga Bumi Allah SWT
17 Zulhijjah 1436H / 1 Oktober 2015M

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).  [Surat Ar-Rum 41]

Peringatan yang dinyatakan oleh Allah SWT jelas menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab manusia selaku khalifah di atas muka bumi Allah SWT untuk memelihara daripada segala kerosakan agar tidak mengundang murka Allah SWT kelak.

Kerosakan yang dimaksudkan merangkumi :

1- Akidah dan pegangan
2- Pemerintahan dan tadbir urus
3- Pengurusan sosial dan pembangunan modal insan

Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam amal ibadah sehingga kita bertemu Allah SWT serta memperolehi redha Allah SWT dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Disediakan oleh :
Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al- Hafiz
Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments:

Pulau Pinang Didakwa Hentikan Sekolah Agama RAkyat Milik Ahli Pas?


KENYATAAN MEDIA
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat


Minta Penjelasan Kerajaan Pulau Pinang Didakwa Hentikan Bantuan Sekolah Agama Rakyat Milik Ahli PAS?

1. Dewan Ulamak PAS Pusat ingin meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli PAS.

2. Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik.

3. Dewan Ulamak PAS Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli PAS kerana sentimen politik.

4. Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka.

Sekian.
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Khamis 17 Zulhijjah 1436 H / 1 hb Oktober 2015

0 comments:

Muslimat PAS sokong penuh tindakan presidennya

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia terus mempertahankan dan menyokong penuh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian biarpun Ahli Parlimen Marang itu berhadapan dengan saman. 

Ketua penerangannya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, biarpun kesal dengan tindakan empat individu yang memfailkan saman ke atas Abdul Hadi, PAS tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjuangan dalam mengangkat syariah Islam di negara ini. 

“Biar apa sekalipun cabaran dan halangan yang dihadapi untuk memartabatkan syariah Islam, Muslimat PAS Pusat akan terus bersama-sama presiden dalam isu ini, malah akan bekerja lebih keras bagi meneruskan agenda perjuangan Islam ini,” kata beliau ketika dihubungi, 29 September lalu. 

Beliau yang kesal dengan tindakan saman itu, lebih-lebih lagi yang mem- babitkan mereka yang beragama Islam, berharap keempat-empat mereka akan mendapat hidayah daripada Allah SWT danmenyedari hikmah di sebalik undang-undang Islam yang dicipta Allah untuk umat manusia. 

Tambah beliau, terdapat golongan bukan Islam, khususnya dari kalangan Dewan Himpunan Penyo- kong PAS (DHPP) sendiri yang menyokong dan melihat kewajaran hukum Islam, lebih-lebih lagi ketika keadaan negara begitu tenat dengan pelbagai masalah sosial. 

Justeru, katanya semua pihak, khususnya yang beragama Islam perlu melihat kembali dan memberi peluang agar hukum Islam terlaksana bagi memboleh- kan keindahan hukum itu dilihat sendiri. 

“Muslimat PAS Malaysia mengharapkan semua pihak berlapang dada, me- nilai secara rasional, beri peluang untuk melihat hukum Islam ditegakkan. Dalam masa sama sesi penerangan, pemahaman akan terus dilakukan agar semua pihak dapat memahami berkenaan hukum Islam ini,” kata beliau. 

Pada 28 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Oktober ini bagi memutus bantahan awal Abdul Hadi dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkaitan saman terhadap usul persendirian bagi meminda Akta 355. 

Ia berikutan tindakan empat individu, Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaludin menyaman Presiden PAS dan empat lagi defendan kerana membawa Private Member’s Bill ke Parlimen untuk meminda Akta 355 bagi mening- katkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. - Harakah 

0 comments:

Kenyataan Media : "Isu Cadangan Supaya Jawatan YDP MAINPP Diserahkan Kepada PKR"

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG

1. Jawatan Yang DiPertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan ahli-ahli MAINPP adalah dibawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (DYMM YDPA). Walaupun pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama YDP MAINPP dan ahli-ahli MAINPP, namun ianya perlu tertakluk kepada kuasa prerogatif DYMM YDPA untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan oleh MMK Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, DPPN P.Pinang menasihatkan supaya semua pihak menghormati kuasa prerogatif DYMM YDPA selaku ketua agama Islam bagi negeri Pulau Pinang.

2. Kami menghormati cadangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) supaya jawatan YDP MAINPP yang ketika ini disandang oleh wakil PAS agar dikosongkan. Walau bagaimanapun, cadangan AMKPP ini agak mengelirukan apabila dilihat berbeza dengan kenyataan Presiden PKR sendiri sebelum ini yang menyatakan bahawa PKR masih meneruskan kerjasama dengan PAS, termasuk di Pulau Pinang.

3. Kami tetap komited utk bangunkan negeri & rakyat samada diberi kuasa pemerintahan atau tidak, kerana membangunkan bumi ini adalah amanah daripada Allah SWT kepada manusia yang dilantik sebagai khalifah. Jawatan dalam kerajaan adalah amanah daripada Allah SWT dan rakyat, bukannya tempat untuk melunaskan kehendak politik kepartian semata-mata. Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut perlu membangunkan institusi MAINPP dan Islam di negeri Pulau Pinang mengikut acuan pembangunan Allah SWT, bukan mengikut acuan nafsu manusia.

4. Oleh yang demikian, kami memberi kepercayaan tinggi & keyakinan penuh kepada kebijaksanaan DYMM YDPA selaku ketua agama Islam di negeri Pulau Pinang untuk membuat keputusan memilih individu yang layak bagi membangunkan Islam di negeri ini, khususnya untuk mengetuai institusi MAINPP.

Sekian, terima kasih.
AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
30 Sept 2015

0 comments:

PROGRAM MENARIK JUMAAT (2 OKTOBER 2015)


Himpunan Selamatkan Aqsa

Tarikh: 2 Oktober 2015
Masa: Selepas Jumaat
Nota: Berkumpul di Masjid Tabung Haji.







0 comments:

Ringgit jatuh: Apakah negara ada Menteri Kewangan?


Tukaran nilai Ringgit pada 29 September 2015:

USD1: RM4.459
SG1: RM3.121


Ringgit terus jatuh dan kini mendekati paras yang amat memeranjatkan pelajar-pelajar di luar negara serta golongan peniaga iaitu RM4.5 kepada USD1 - ramai tertanya-tanya apakah Malaysia mempunyai Menteri Kewangan?


Ketika peniaga Tukaran Mungkir Kredit (CDS) meletakkan negara di ‘status rendah’ – tiada kedengaran komentar membalas daripada Menteri Kewangan.


Ketika Ringgit mencecah RM4.45 semalam, Menteri Kewangan dan kementerian tidak memberikan sebarang reaksi.


Hanya kedengaran suara solo Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang mencadangkan agar negara mengukuhkan kedudukan domestik bagi menghadapi cabaran kemelut nilai ringgit dan harga komoditi hari ini.


Namun, PAS bimbang. PAS bimbang sudah tidak wujud kerjasama antara Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara ekoran siasatan Bank Negara terhadap 1MDB dan juga kenyataan Zeti pada 21 September yang berbunyi: “Kita tidak perlu lagi apa-apa skandal. Kita tidak perlu ketidakstabilan politik. Apabila mereka menyelesaikan semua isu berkaitan dengan 1MDB, maka kita akan dapat melihat pemulihan kepada nilai Ringgit.”


Rakyat mempunyai keyakinan terhadap Gabernor Bank Negara. Namun, beliau hanya boleh berfungsi sepenuhnya sekiranya beliau mendapat kerjasama penuh seorang Menteri Kewangan yang dapat fokus kepada tugasnya tanpa risau apa-apa skandal yang akan timbul kerana cuba menutup masalah di 1MDB.


PAS terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatan Menteri Kewangan. PM patut tumpu sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah 1MDB. Tempoh 6 bulan yang diberi PM pada ahli-ahli Umno pada 14 Jun 2015, kini hanya tinggal 3 bulan sahaja.


Anggaplah ini pengorbanan untuk meringankan aniaya kepada seluruh warga Malaysia.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
30 September 2015

0 comments:

PAS: Antara Cabaran dan Kematangan



PAS: Antara Cabaran dan Kematangan
Oleh: Saudara Mohd Imran Md Ishak
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) /
Ahli Jawatankuasa Kongres Rakyat 2015


Ketika viral video Tan Sri Muhyiddin Yasin suatu ketika dahulu berkenaan gesaan Datuk Seri Najib Razak agar memecat Pengarah 1MDB, mungkin ramai yang kurang perasan satu ayat yang disebut 'lompat masuk PAS', yang keluar dari mulut mantan Timbalan Perdana Menteri tersebut. Begitu juga dialog bersama Tun Mahathir di USM, yang juga menyebut PAS tidak disokong oleh PKR dan DAP dalam pembentangan Rang Undang-undang kanun Jenayah Syariah II. Jika kita lihat secara terperinci, mengapa PAS yang perlu disebut? dan mengapa tidak DAP ataupun PKR sebagai ancaman utama? Ini belum lagi rakan-rakan PAS yang dilihat selalu menghentam rakan sendiri di khalayak umum kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Parti Islam ini terutamanya DAP yang bertubi-tubi menentang isu hudud. Terbaru PAN yang juga acap kali menyerang parti itu walaupun sebahagian besarnya merupakan bekas pimpinan PAS.

Realiti yang berlaku hari ini, PAS bukanlah parti yang terlalu kuat tetapi sering menjadi perbualan hangat pihak lawan mahupun rakan pakatan sebelum ini. PAS merupakan parti yang memiliki kekuatan yang agak unik. Dari sudut ahli-ahli PAS, tarbiyah yang diterapkan kepada ahli merupakan tarbiyah yang mempunyai komponen-komponen yang tidak ada pada parti lain. Ikhlas, takwa, sabar, iman, yakin adalah antara komponen yang sering diterapkan dan diulang-ulang. Pembentukan 'dalaman' yang diterapkan ini menjadikan PAS memiliki kekuatan unggul dari aspek kerohanian dan pembentukan manusia itu sendiri.

Dari sudut kepimpinan PAS pula, PAS juga memiliki kekuatan pemimpin yang unik. Presiden parti dalam jurusan agama, manakala pemimpin tertinggi parti pula disinergikan secara kolektif untuk membentuk sebuah pasukan yang unggul. Ada yang terdiri daripada lepasan ekonomi, sains politik, undang-undang, bidang agama dan juga profesion yang lain. Pimpinan PAS yang lain pula terdiri daripada Doktor perubatan, Engineer, Arkitek dan lain-lain jurusan professional. Disana terdapat juga Dewan yang mengumpulkan ahli yang terdiri daripada 'non-muslim' untuk bernaung di bawah parti Islam tersebut dan kebanyakan mereka ini adalah golongan professional. Ini menjadikan apabila parti ataupun sesebuah pasukan mempunyai latar belakang yang pelbagai, maka ianya akan memaksimumkan produktiviti hasil kerja, walau diakui sukar dibentuk dan digandingkan bersama.

Aspek material adalah antara kelemahan dalam PAS. Kewangan PAS bukanlah banyak tetapi penerapan nilai sedekah yang tinggi dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS perlu dipuji. Ianya menunjukkan PAS bukanlah parti yang mengejar kemenangan material apabila memenangi kerusi DUN atau Parlimen atau menjadi sebuah kerajaan kelak. Ianya dibuktikan lagi dengan kebanyakan pemimpin PAS yang hidup sederhana walaupun sudah puluhan tahun menjadi wakil rakyat.

Selepas muktamar tempoh hari, diumumkan kemasukan ahli PAS seramai kira-kira 5000 orang walaupun parti itu mengalami krisis dalaman dan perpecahan. Jumlah keahliannya telah meningkat 300 peratus pada tiga bulan pertama dan dijangka meningkat 200 peratus pada hujung tahun ini. Jumlah keahlian PAS sehingga bulan Julai sahaja mencecah 22,000 orang dan dikhabarkan ianya semakin meningkat pada bulan Ogos dan September ini. Ini merupakan fakta yang unik kerana logiknya apabila perpecahan berlaku dalam sesebuah parti, semestinya ramai yang tidak berminat untuk menyertai parti tersebut. Namun sebaliknya berlaku kepada PAS, sekaligus mencabar statistik keahlian UMNO yang dikatakan mempunyai ahli seramai 3 juta lebih.

Baru-baru ini juga Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan pertemuan tertutup wakil Amerika Syarikat dengan Pakatan Rakyat. Dalam pertemuan tersebut didedahkan bagaimana Amerika tidak ada masalah dengan PKR, DAP dan PAN tetapi menyatakan secara langsung mempunyai masalah dengan PAS. Sekaligus menunjukkan pembawakan PAS tidak selari dengan negara kuasa besar tersebut.

Terbaru ketika Bersih 4.0, ramai dalam kalangan masyarakat Melayu tidak turun bersama walaupun PKR, PAN dan beberapa NGO yang lain mengerahkan ahli-ahli mereka untuk turun. Ketika Bersih 4.0 itu pun sebenarnya sebahagian besar ahli PAS ada yang turun bersama. Analisis ringkas yang boleh dibuat melalui pemerhatian Bersih 4.0 ini yang pertama, segmen pengundi Melayu sememangnya tidak akan kuat sekiranya ketiadaan PAS. Kedua pula adalah PAN hanya memberi kesan kira-kira 10 ke 13 peratus sahaja kepada PAS. Terbaru ketika Kongres Rakyat berlangsung, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengatakan bahawa, PAS merupakan 'mass-based party' ataupun parti tunjang dan sesebuah kerajaan tidak akan berjaya dibuat tanpa parti tunjang ini. Ini juga menunjukkan signal bahawa PAS merupakan parti yang sangat penting untuk membentuk sebuah kerajaan kelak.

Tidak dapat dinafikan perpecahan dalam PAS telah mengecewakan sesetengah pihak untuk melihat Pakatan Rakyat memimpin Putrajaya kelak. Namun, perlu diberi perhatian bahawa sesebuah kerajaan masih boleh diwujudkan dengan menggunakan 'coalition government' walaupun tidak ada Pakatan Rakyat sekalipun. Contoh terdekat yang boleh dilihat seperti mana kerajaan di Negeri Selangor yang menggunakan konsep ini walaupun PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP. Hal ini kerana setiap komponen parti saling memerlukan antara satu sama lain dan mereka sebenarnya 'terpaksa' bersatu demi rakyat. Walaupun mungkin ada yang beranggapan strategi PAS mutakhir ini agak mundur ke belakang, namun saya tetap optimis bahawa PAS sentiasa memperbaiki kelemahan dan cuba untuk membawa pembaharuan kepada rakyat dengan penerapan dan prinsip Islam yang di pegangnya. Ianya juga sedikit sebanyak menjadikan parti dan gerakan Islam ini melalui proses kematangan dalam pembinaan kepimpinan serta ahli-ahlinya.

Saya berharap agar PAS terus istiqamah memperjuangkan Islam dan menjadi model gerakan Islam yang kekal relevan di dalam negara mahupun antarabangsa.

20 September 2015

0 comments:

DALIL WAJIB BERINTIMA' DENGAN JAMAAH ISLAM

DALIL WAJIB BERINTIMA' DENGAN JAMAAH ISLAM

1) Surah Ali Imran ayat 104
Jamaah Islam (Qiyadah-Jundiyah-Manhaj)
Selagimana kita menjaga Prinsip Keimanan, maka kita akan termasuk dalam Golongan yg Berjaya

2) Surah At Taubah ayat 119
Tiap2 Perintah yang ada di dalam Al Quran, itu menunjukkan WAJIB
Wajib kita bergabung dengan orang² yang BENAR
Penggabungan dengan golongan yang Benar adalah berdasarkan Aqidah
Haram kita mempercayai orang Kafir lebih daripada orang Islam
Golongan yang mengajak supaya meninggalkan kepimpinan Ulama' adalah Lidah Munafiq

SYARAT² ISTIQAMAH
Kekuatan Ma'nawi : Aqidah, Jiwa, Semangat
Terus Bergerak, Jangan Berhenti (Futur), Jangan Terpedaya dengan TipuDaya Syaitan
Memperkukuhkan Jamaah / Organisasi

3 PERKARA PENTING DALAM HIDUP
Muzakkir - Orang yang mengingatkan kita daripada kelalaian
Murabbi - Tok Guru yang Mengajar kita tentang Agama
Mursyid - Guru yang kuat Rohani, dapat memimpin kita ke jalan Allah.. Sekiranya tiada, gantilah kedudukan Mursyid itu dengan memperbanyakkan Selawat

PENCERAHAN MENGENAI TA'ADDUD JAMAAH (BERBILANG JAMAAH)
"Ta'addud Jamaah itu HARUS sekiranya ia memberi MANFAAT & KEUNTUNGAN kepada Islam. Sekiranya ia menjadi KEBURUKAN & KERUGIAN terhadap Islam, maka setiap gerak kerja ke arah itu adalah HARAM"

Kuliah Haraki
Al Fadhil Ustaz Yussaine Yahya
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis & YDP PAS Kangar
Markaz DUN Titi Tinggi
Selasa
29 September 2015


Dihantar oleh: InfoPasPerlis
Langganilah https://telegram.me/PASPerlisBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

0 comments:

Catatan Dhuha 28 Sept 2015



Nabi Ibrahim AS berjaya menjadi ketua keluarga yang wajib menjadi qudwah kepada kita kerana membina keimanan di kalangan ahli keluarganya. Alangkah indahnya kita sebagai ahli dan pemimpin Pas berjaya membentuk fikrah ahli keluarga untuk meneruskan perjuangan kita. Alangkah malang apabila kita tidak berusaha untuk membina fikrah perjuangan anak isteri kita untuk bersama dengan Pas, lebih-lebih lagi ia bertaraf pemimpin. 

Ust Hj Idris Hj Ahmad 
14 Zulhijjah 1436. 
28 Sept 2015 Isnin.

0 comments:

Catatan Dhuha 27 Sept 2015


Nabi Ibrahim AS contoh bapa yang teguh dengan keimanan kepada Allah SWT, Nabi Ismail AS pula lambang anak yang soleh yang tidak membantah arahan bapanya. Siti Hajar seorang ikon isteri solehah yang sanggup ditinggal oleh suaminya kerana yakin Allah SWT akan memelihara beliau dua beranak. Inilah keimanan dan keyakinan, walau pun manusia anggap tidak logik, demikian juga perjuangan menegakkan agama Allah SWT.


Ust Hj Idris Hj Ahmad  
13 Zulhijjah 1436.

27 Sept 2015 Ahad.

0 comments:

Sungai Pahang yang mengeruhkan hati

Sayu hati melihat air sungai Pahang yang mengalir lesu dengan penuh keruh keperangan dengan keladak kekotoran hasil kerakusan dan ketamakan manusia.

Tindakan kerajaan meluluskan penebangan balak di kawasan tadahan air serta aktiviti perlombongan bijih besi, dan bauksit dan pembukaan ladang baru adalah penyumbang utama kepada pencemaran sungai utama di Pahang.

Di waktu aktiviti industri diutamakan, tiada lagi kedengaran kempen selamatkan sungai kita sebagaimana ia bergema dengan papan iklan di pasang di seluruh negeri sebelum ini.

Terbaru, penduduk di Kampung Baru Jerantut dan Sungai Berjuang di Batu Balai pasrah melihat punca tadahan air utama penduduk dimusnahkan.

Dengan perasaan dukacita yang tidak dapat digambarkan melihat tanpa daya kawasan tadahan air ini diteroka oleh syarikat pembalakan. Mereka buntu memikir bagaimana pihak kerajaan boleh sewenang-wenangnya meluluskan pembalakan yang menyebabkan punca air yang berpuluh tahun jernih kini bertukar menjadi keruh dan sangat tercemar.

Kini, penduduk kampung terpaksa meminum air yang keruh tidak ditapis. Air ini sudah tidak lagi dianggap sihat untuk diminum. Inilah harga yang terpaksa dibayar akibat kerakusan manusia. Lebih malang aduan serta bantahan penduduk langsung masuk ke telinga pekak.

Kerajaan negeri perlu memantau dan mematuhi garis panduan kelulusan kawasan pembalakan agar kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan tadahan air tidak diluluskan untuk aktiviti pembalakan dan pertanian sekiranya masih berhajat ingin melihat kembali air sungai kita akan jernih dan tidak lagi mengalir lesu untuk generasi-generasi akan datang.

Tuan Ibrahim Tuan Man 
Timbalan Presiden PAS
29 September 2015

0 comments:

Kurangkan Import Makanan Untuk Elak Aliran Wang Keluar

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman gembira lawatannya ke tiga bandar raya utama Australia berjaya memenuhi matlamat untuk menambah baik import ternakan Malaysia. Apa yang hendak dibanggakan dengan lawatan ke Australia jika masih lagi mengharapkan import makanan daripada negeri tersebut. Sepatutnya lawatan tersebut menghasil idea supaya Malaysia hendak mengurangkan import makanan sehingga satu ketika Malaysia tidak lagi mengimport makanan sebaliknya mampu eksport makanan.

Dalam jawapan di Parlimen dalam tahun 2013, Kementerian Pertanian mengakui bahawa bagi tempoh sepuluh tahun di antara 2002 hingga 2012, Malaysia membelanjakan RM221.81 bilion untuk mengimport makanan iaitu purata RM22 bilion setiap tahun. Jenis-jenis makanan yang diimport termasuk beras, gandum, gula, daging, hasil tenusu, koko, bijirin, sayuran, buah-buahan, makanan siap dan lain-lain. Ertinya berapa banyak wang dihabiskan, lebih-lebih lagi nilai ringgit semakin merudum.

Satu perkara yang ajaib Malaysia yang berada di negeri Khatulistiwa dengan tadahan hujan yang tinggi kenapa tidak boleh menghasilkan bahan makanan yang cukup sehingga terpaksa menagih simpati dengan negara lain. Malaysia bukan negara sahara yang tanahnya kering kontang dan tidak berair. 

Malaysia juga memiliki agensi pertanian dan Institut pertanian yang mempunyai kepakaran di dalam bidang pertanian. Persoalannya kenapa negara semakin teruk sehingga terpaksa makanan asasi pun perlu bergantung daripada negara luar. Tidak terfikirkah pemimpin negara ini jika berlaku perkara yang tidak diingini di negara pembekal makanan seperti bencana alam, peperangan, di manakah pula makanan kita hendak mendapat bekalan makanan.

Begitu juga dengan hasil buahan tempatan yang berlaku lambakan sehingga tidak ada harga dan tidak berbaloi untuk dipungut oleh pemilik. Kenapa tidak ada daya usaha yang lebih agresif untuk meningkatkan nilai tambah kepada buahan tempatan supaya ia ada nilai di pasaran.

Sejarah hitam projek NFC yang diberi kepada syarikat milik suami kepada Datuk Sharizat Jalil sebanyak RM250 juta berkubur begitu sahaja. Tujuannya baik, tetapi diberikan kepada bukan ahlinya, maka inilah yang terjadi. Jika wang sebanyak itu boleh membeli lembu sebanyak 50,000 ekor lembu jika nilai seekor RM5000. Alangkah bahagianya kalau lembu itu diberi kepada wanita Umno yang susah, ertinya 50,000 wanita Umno yang susah akan terbela. Tetapi apakan daya, hajat tak kesampaian.

Ustaz Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
29 September 2015

0 comments:

JEREBU : APA TINDAKAN SETERUSNYA?


Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

JEREBU : APA TINDAKAN SETERUSNYA?

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu usaha menangani masalah jerebu tidak terhad dalam kerangka diplomatik dan penggubalan polisi baru sebaliknya serius ke arah penguatkuasaan undang-undang dan hukuman tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat.

2. Kelestarian alam sekitar tidak harus dicabul sehingga memudaratkan rakyat. Cabaran jerebu hampir saban tahun, namun tindakan bersepadu yang diambil setakat ini masih berada pada peringkat yang sederhana. Masih banyak ruang yang perlu dilaksanakan untuk memastikan isu ini tidak berulang kembali.

3. Pada masa yang sama, DPPM juga turut terkilan dengan penangguhan kali kedua agenda pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia untuk menangani cabaran jerebu serantau yang sepatutnya ditandatangani pada 25 September lalu.

4. Malah, tidak keterlaluan sekiranya Malaysia selaku Pengerusi ASEAN menggesa Indonesia untuk meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada tahun ini juga sebagai komitmen padu untuk melindungi kepentingan negara-negara anggota.

5. DPPM mengalu-alukan tindakan saman dan arahan sekatan operasi terhadap mana-mana syarikat perniagaan yang terlibat dalam kebakaran hutan di Indonesia sehingga memperjudikan kepentingan awam. Kenaan hukuman yang berat harus setimpal dengan jenayah alam sekitar yang dilakukan bagi memastikan isu ini tidak berlaku lagi.

Sekian.
IR. HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Selasa, 29 September 2015 | 15 Zulhijjah 1436H

0 comments:

ISU DUTA BESAR CHINA SELESAI CARA DIPLOMASI


Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

ISU DUTA BESAR CHINA SELESAI CARA DIPLOMASI


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru semua pihak bertenang dan menyerahkan isu kenyataan Duta Besar China, Dr Huang Kui Kang kepada pihak kerajaan untuk diselesaikan secara diplomasi antara dua negara. Terbaru, Kedutaan China juga telah memberikan respon dan dilihat mempertahankan tindakan dutanya.



2. Maka, kita sangat berharap agar pihak Kementerian Luar Negeri bertindak segera untuk menyelesaikan kes ini di meja rundingan dengan segera bagi mengelakkannya terus berlarutan. Jangan biarkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan atas isu yang berlaku dengan menyemarakkan api perkauman sehingga bertindak tidak rasional dan mengundang ketidakstabilan negara. 

3. DPPM bertegas supaya urusan hal ehwal negara tidak dicampuri oleh negara luar dan mengalu-alukan permohonan maaf daripada pihak Kedutaan China bagi meredakan isu ini. Di samping itu, DPPM juga komited membantah mana-mana isu perkauman sempit yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia. 


4. Selain itu, DPPM bimbang sekiranya kenyataan Duta China tersebut turut menggambarkan perspektif yang diterima oleh negara-negara luar terhadap Malaysia mengenai tatacara hidup kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, tahap demokrasi serta hak asasi manusia yang dipraktiskan di negara ini. Jika benar, ini satu lagi igauan buruk buat Perdana Menteri!


Sekian.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Selasa, 29 September 2015 | 15 Zulhijjah 1436H 

0 comments:

Muqayyam tarbawi persiap hadapi cabaran semasa

JELI: Kekuatan ruhiyyah yang dipasakkan dari keteguhan akidah tauhid dan ibadah serta dihiasi pekerti akhlak mulia adalah tonggak asas pembinaan jati diri Muslim dalam persiapan memikul beban serta menjulang agenda perjuangan Islam.
Menyedari pentingnya kekuatan itu sentiasa digilap agar mampu berhadapan pelbagai mehnah, Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan telah menganjurkan Muqayyam Tarbawi bertempat di Kampung Kalai, di sini pada 18 dan 19 September lalu. 


Menurut Pengerusinya, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi, program tersebut telah berjaya menghimpunkan penyertaan lebih 200 Pemuda PAS Kawasan-kawasan dari seluruh negeri Kelantan dan telah dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdullah Yaakob.
“Muqayyam kita ini berobjektifkan untuk mengukuhkan kefahaman yang mendalam dan jitu terhadap perjuangan Islam dibawa PAS lebih-lebih lagi dalam cabaran perkembangan semasa kini. 


“Kita adakan pelbagai aktiviti bersama seperti taujihat, qiyamullail, usrah, memasak dan rentas jihad,” terang beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan. 
Menurutnya, semasa rentas jihad dijalankan, peserta berkesempatan meninjau terowong yang dibina tentera Jepun semasa era pendudukan Jepun di negara ini. 
Terangnya, terowong tersebut pernah berperanan sebagai gudang penyimpanan emas dan senjata sebelum dibawa ke Thailand, tetapi strukturnya telah terjejas kerana dibom.
Lokasi muqayyam itu juga ujarnya terletak hanya kira-kira 1 kilometer dari sempadan Malaysia – Thailand.

0 comments: