LAFAZ TA’LIQ: SILA RUJUK PANDANGAN HAKIM / MAHKAMAH

LAFAZ TA'LIQ: SILA RUJUK PANDANGAN HAKIM / MAHKAMAH

Dewan Ulama PAS Selangor meneliti penghujahan yang dikemukakan oleh sesetengah pihak tentang lafaz ta'liq yang digunakan oleh Adun PAS dan MP PAS dan keluar dari PAS.

Berdasarkan kepada pandangan jumhur ulama, lafaz ta'liq berkenaan mempunyai implikasi hukum kerana lafaz yg digunakan oleh adun menggunakan perkataan "sekiranya".
Walau pun ada pandangan sebahagian kecil ulama yang mengatakan tidak jatuh tetapi berdasarkan kepada kaedah "keputusan pemerintah menyelesaikan khilaf", maka pihak yg berkenaan hendaklah merujuk kepada mahkamah syariah.

Di Malaysia pemerintah memegang pandangan Jumhur Ulama yang mengatakan bahawa Lafaz Ta'liq mempunyai implikasi terhadap perkahwinan. Ini dilihat jelas setiap akad nikah yang dilafazkan di Malaysia, diikuti pula dengan lafaz ta'liq. Biarpun lafaz yang diungkapkan itu ada sedikit perbezaan antara negeri-negeri ini, tetapi ia tetap mengandungi unsur ta'liq. Ini bermakna pengamalan lafaz ini diterima di Malaysia.

Isu lafaz ta'liq ini melibatkan implikasi hukum yang perlu dirujuk kepada mahkamah apabila ada mana-mana pihak yang melanggar ta'liq yang telah dibuat. Oleh itu, mahkamah adalah pihak yang berautoriti mengeluarkan pandangan syara'nya dan pandangan mahkamah akan memutuskan semua perbezaan pandangan di kalangan ulama.

Justeru, Dewan Ulama PAS Selangor berharap semua pihak dapat bertenang dalam kes ini dan merujuk kepada hakim / mahkamah yang berautoriti untuk membuat keputusan tentang nasib perkahwinan mereka yang membuat lafaz ta'liq berkenaan.

Unit Penyelidikan
Dewan Ulama PAS Selangor
Ustaz Nazmi Abd Karim
~Hijau

0 comments: