PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK LAKNAT ALLAH LEBIH BESAR DARI CERAI ISTERI

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
LAKNAT ALLAH LEBIH BESAR DARI CERAI ISTERI

Antara ajaran Islam yang terkandung didalam kitab Injil adalah kewajipan berjihad. Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan (baiah) yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
[At-Taubah:111]

Dalam ayat ini juga tuhan menyebut tentang baiah. Baiah berasal dari baya'a iaitu jual beli, dimana jualbeli yang dimaksudkan adalah jualbeli orang-orang beriman kepada Allah SWT.

Baiah adalah sumpah kepada Allah untuk taat setia terhadap perjuangan Islam dan tidak sekali-kali berundur. Ia diamalkan sejak zaman Nabi SAW. Pertamanya adalah bai'ah aqabah ula yang disertai 12 orang-orang Islam dari Madinah. Mereka bersumpah untuk mengamalkan Islam sekembalinya ke Madinah. Baiah kedua berlaku pada tahun berikutnya seramai 73 orang termasuk 2 wanita. Baiah ini meminta mereka mentaati Nabi dan mempertahankan Nabi sebagaimana mereka pertahankan diri dan keluarga sendiri. Manakala baiah ketiga berlaku ketika umat Islam mahu masuk ke Mekah. Apabila mendengar berita Saidina Uthman dibunuh, Nabi mengumpul umat Islam dibawah pohon Ridhwan dan meminta mereka bersumpah untuk tetap masuk ke Madinah walaupun terpaksa berperang dan mati. Namun ada orang-orang munafik yang bersembunyi kerana tidak mahu baiah.

Dizaman Abasiyyah dan Umawiyah, para pemimpin mereka juga mewajibkan baiah kepada tentera Islam dengan menambah ta'liq talak dan memerdekakan hamba. Tujuan sama, supaya umat Islam tidak lagi berundur dari medan jihad. Walaupun sebenarnya apa yang disumpahkan itu tetap menjadi kewajipan walaupun tidak berbaiah, tetapi ia menjadi cara untuk mengukuhkan lagi kesetiaan umat Islam terhadap perjuangannya. Mereka akan lebih gerun untuk melakukan apa-apa. Sekurang-kurangnya kalau mereka tak takut Allah pun, mereka akan takut kehilangan isteri .

Kita juga mewajibkan setiap calon yang bertanding berbaiah demi Allah untuk tidak lari dari amanah yang diberi. Jika tidak, mereka akan menerima laknat Allah, Malaikat dan sekalian pelaknat.

Adapun ta'liq cerai itu hanya sampingan sahaja. Yang lebih besar adalah janji dia terhadap Allah. Malangnya orang lebih sibuk memikirkan soal cerai itu. Lebih sayang isteri dari Allah. Bagi mereka, dengan Allah tak apa, boleh langgar begitu saja. Isteri lebih penting. Kenapa sampai jadi begini? Padahal cerai isteri, boleh kahwin lagi. Tapi kalau menerima laknat Allah dan malaikat, boleh buat apa lagi?

Masjid Rusila
4/7/15

(Alang Ibn Shukrimun)
~Hijau

0 comments: