RINGANKAN DERITANYA, HULURKAN SUMBANGAN

RINGANKAN DERITANYA, HULURKAN SUMBANGAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

MIRI: Keprihatinannya membantu warga emas menukar tayar kereta berakhir dengan tragedi apabila beliau dilanggar lori tiga tan hingga menyebabkan kecederaan yang parah.

Demikian nasib Sabrie Ibrahim yang mengalami kecacatan kekal kesan dari kemalangan tersebut di mana kaki kirinya terpaksa dipotong.

Beliau juga hilang deria bau serta mengalami bengkak di bahagian otak akibat air bertakung kesan hentakan kuat semasa kemalangan.

Kereta beliau turut mengalami kerosakan sepenuhnya (total lost) dalam kejadian itu dan hanya memperolehi perlindungan insurans sebanyak 50 peratus.

Oleh itu, Sabrie terpaksa menanggung lebih RM6,000 lagi untuk melangsaikan bayaran hutang kereta tersebut dengan pihak bank.

Lebih memeritkan, tenaga mudanya tidak dapat lagi digunakan pada masa ini untuk bekerja sekaligus hilang pendapatan beliau yang mahir melakukan pendawaian elektrik.

Ditambah lagi, beliau mempunyai seorang anak, manakala isterinya pula suri rumah sepenuh masa.

Simpati dengan nasib Sabrie, PAS Kawasan Miri acapkali menziarahinya dan menyampaikan sumbangan terdaya kepada keluarga itu yang tinggal di Kampung Bakam, Lambir, di sini.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo merayu orang ramai untuk sama berkongsi rasa merasai bebanan ditanggung.

Hal itu katanya, memandangkan pemuda tersebut belum menerima bantuan daripada mana-mana walaupun telah memohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumbangan boleh dihulurkan menerusi isteri Sabrie, akaun Agro Bank 2006811000160912 Nurayati Gusni atau menghubungi 012-8087457.
~Hijau

0 comments: