Sikap tawadhuk

18 Zulkaedah 1436H
02 September 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kalaam tarbawi...

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «كفى بالمرء شرا أن يحقر أخاه المسلم» .
أخرجه مسلم 

Sabda Rasulullah SAW:
"Cukuplah seseorang itu jahat bilamana ia menghina saudaranya yang muslim".
(Hadith Riwayat Muslim)

قال عمر بن الخطاب :
تعلموا العلم وعلموه الناس، وتعلموا له الوقار والسكينة، وتواضعوا لمن تعلمتم منه ولمن علمتموه، ولا تكونوا جبابرة العلماء، فلا يقوم جهلكم بعلمكم.

'Umar Bin Khattab RA berkata: 
"Pelajarilah ilmu dan ajarkanlah kepada manusia, serta belajarlah bersikap tenang dan lemah lembut dalam menuntut ilmu. Bersikap tawadhuklah terhadap orang-orang yang kamu ajar. Bersikap tawadhuklah terhadap orang-orang yang mengajari kamu. Janganlah kamu menjadi musuh para ulamak. Tidak tegak kebodohan kamu dengan sebab ilmu kamu".

قال إبراهيم بن الأشعث: 
سألت الفضيل بن عياض عن التواضع؟ فقال: أن تخضع للحق وتنقاد له ممن سمعته، ولو كان أجهل الناس لزمك أن تقبله منه

Berkata Ibrahim bin Al Asy'ats bertanya kepada Fudhail bin 'Iyadh tentang sifat tawadhuk. Ia menjawab: "Bahawa engkau merendah diri kepada kebenaran dan patuh padanya daripada siapa pun engkau mendengarinya walaupun ia sejahil-jahil manusia, lazimilah untuk menerima daripadanya".

عن مَسْرُوقْ بِنْ اَلْأَجْدَع، قال: 
كفى بالمرء علمًا أن يخشى الله، وكفى بالمرء جهلًا أن يعجب بعلمه.

Masruq ibn al-Ajda' berkata :
"Cukuplah seorang disebut berilmu apabila ia takut kepada Allah SWT, dan cukuplah seseorang disebut bodoh manakala ia merasa takjub dengan ilmunya"

قال أبو الدرداء: 
علامة الجهل ثلاث: العجب، وكثرة المنطق فيما لا يعنيه، وأن ينهى عن شيء ويأتيه.

Abu Darda' RA berkata:
"Tanda kejahilan ada tiga: 'Ujub (kagum dengan diri sendiri), banyak bercakap dalam perkara tidak berguna dan melakukan apa yang dia sendiri melarangnya".

شرح أصول اعتقاد أهل السنة والجماعة (1 / 153)

قـــــــال الأوزاعي رحمه الله {توفي157هـ} :
«إذا أراد الله بقـــــوم شـــرا ألزمــــهم الجـــدل، ومنعــــهم العمــــل»

Imam Al Awza'ie RH berkata:
"Apabila Allah Ta'ala mengkehendaki dengan kerosakan satu kaum, Dia melazimkan mereka dengan berdebat dan menahan mereka mereka dari beramal".

قــــــال إبراهيم بن أدهم رحمه الله:
" الـــــزهد فــرض، وهو الزهد في الحرام، والزهـــــــــد سلامة، وهو الزهد في الشبهات، والزهــــــــد فضل، وهو الزهد في الحلال " .

Ibrahim bin Adham RH berkata:
"Zuhud itu kefardhuan, iaitu zuhud pada yang haram. Zuhud itu keselamatan, iaitu zuhud pada yang syubhat. Zuhud itu suatu kelebihan, iaitu zuhud pada yang halal".

قــــــــال الفضيل بن عياض رحمه الله:
«إن الله عز وجل يحب العالــــم المتواضـــع , ويبغض الجبــــار , ومن تواضع لله ورثــــه الله الحكمــــــة»

Fudhail bin 'Iyadh berkata:
"Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang alim yang tawadhuk (rendah hati). Dan Allah SWT murka terhadap alim yang angkuh. Maka barang siapa yang merendahkan diri kepada Allah SWT niscaya Allah akan mewariskan hikmah kepadanya".

...untuk penyejuk jiwa sendiri...

Menelurusi qudwah tarbawi...

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الأَنْصَارِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لا تَجْلِسُوا عِنْدَ كُلِّ عَالِمٍ ، إِلا عَالِمٍ يَدْعُوكُمْ مِنَ الْخَمْسِ إِلَى الْخَمْسِ : مِنَ الشَّكِّ إِلَى الْيَقِينِ ، وَمِنَ الْكِبَرِ إِلَى التَّوَاضُعِ ، وَمِنَ الْعَدَاوَةِ إِلَى النَّصِيحَةِ ، وَمِنَ الرِّيَاءِ إِلَى الإِخْلاصِ ، وَمِنَ الرَّغْبَةِ إِلَى الزُّهْدِ "
(اخرجه ابن عساكر)

Daripada Jabir bin Abdullah Al Ansari berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Jangan kamu duduk di sisi setiap orang yang berilmu melainkan seorang alim yang mengajak kamu daripada lima kepada lima : daripada syak keraguan kepada keyakinan, daripada takabbur kesombongan kepada kerendahan diri, daripada permusuhan kepada nasihat, daripada riak kepada ikhlas dan daripada cenderungkan dunia kepada zuhud terhadapnya".
(Hadith Riwayat Ibnu Asakir)

Justeru, carilah dengan HATI mu...
~Hijau

0 comments: