SYAIR ‘ANDA TIDAK KESEORANGAN’

SYAIR 'ANDA TIDAK KESEORANGAN'  WAHAI TUAN GURU PRESIDEN PAS

Oleh: Asri ed-Diwanie

لا لست في الحزب وحدك  
فإن جند السماء تحيط جندك  

Tidak, kamu tidak keseorangan dalam perjuangan PAS,
Sesungguhnya turut bersama para pejuangmu, para tentera utusan Allah.

ولقد جار الحساد بكيدهم  
ولكن الأمة أمامك تمد مدك

Sesungguhnya orang-orang yang menaruh dengki melampaui dalam menyusun strategi membuat tipu daya,
Namun ummah bangkit menjadi pertahanan dihadapanmu.

وأقم بناء الصف مر صوصا
تمكينا لمن يأتون بعدك  

Binalah kekuatan saff pejuang secara tersusun,
Bagi mengukuhkan para generasi pelapis yang datang selepas daripadamu.

فاعلم بأنك لست وحدك
وستنبت أرضك الأبطال بعدك

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak bersendirian,
Bumi yang kamu diami akan mengeluarkan para perwira yang mewarisi perjuangan selepasmu.

Dihantar oleh: jitpns

Langanilah https://telegram.me/PASSabahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

0 comments: