TAZKIRAH SUBUH : USRAH LAJNAH TARBIYAH

TAZKIRAH SUBUH : USRAH LAJNAH TARBIYAH

Assalamualaikum wbt warga usrah yang dirahmati Allah Swt. Topic tazkirah subuh pagi ini menyambung tazkirah pada 2 sept.

Memelihara diri dari sebarang jenis syirik dan menjauhinya.
Faktor ketiga untuk tercapai atau sempurnanya tauhid ialah seseorang muslim perlu memelihara diri dari sebarang bentuk dan jenis syirik. Ini kerana syirik adalah lawan kepada tauhid, sebab itu seorang muslim terlebih dahulu mesti mengetahui apa dia syirik dan mengenal jenis-jenisnya serta ruang lingkup syirik. Selepas itu ia perlu mengelak dan mengawal diri dari terkena sebarang rupa macam bentuk yang boleh merosakkan tauhid dan iman. Oleh kerana syirik satu perkara yang berlawanan dengan tauhid dan mempunyai bahaya-bahaya yang besar, maka perbicaraan mengenainya akan di sampaikan pada tazkirah akan datang InshaAllah. Setelah selesai penjelasan faktor kedua dan pagi ini disambung dengan faktor ketiga maka penjelasan dan memahami perbicaraan akan saya sambung di tazkirah subuh akan datang.

Setelah ada ketiga-tiga faktor ini, maka barulah tauhid akan dapat tercapai dengan baik. Kerana itu, kita umat islam perlu memahami perkara ini dengan jelas supaya kita benar-benar menjadi seorang muslim yang tauhidnya berfungsi dan sempurna. Oleh itu kita perlu ikhlaskan ubudiyyah (pengabdian) hanya kepada Allah Swt sahaja. Tidak ada sebarang unsur mensyirikkan Allah dan mencampur aduk dengan perkara-perkara lain. Jauhilah dari segala rupa macam dan bentuk thaghut. Jauhilah dari segala bentuk syirik yang boleh merosakkan kesucian dan keharmonian tauhid.

Tazkirah usrah subuh ini boleh dirumuskan terdapat 3 faktor penting untuk mencapai kesempurnaan tauhid iaitu : -

1- Ikhlas ubudiyyah hanya kepada Allah Swt jua.
2- Mengkufuri segala rupa thaghut serta menjauhi diri dari orang yang menyembah selain daripada Allah Swt.
3- Memelihara diri dari sebarang jenis syirik serta selalu mengawasi dari terjebak dengannya.

( TANPA ILMU PASTI LAYU, TANPA TARBIYYAH PASTI REBAH )
InshaAllah...akan bersambung di tazkirah subuh yang akan datang di Usrah Lajnah Tarbiyyah waallahu a'lam.

Ustaz Zulhaidi
19 Zulqaedah 1436H
3 sept 2015 khamis
6:30 Pagi

Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi

Langganilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

0 comments: