1000 Berhimpun Kecam Kebiadapan Israel


1000 Berhimpun Kecam Kebiadapan Israel
Oleh: Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR: Kira kira 1000 peserta berhimpun di hadapan Masjid Jamek dekat sini sejak jam 2 petang tadi usai solat jumaat dalam satu Himpunan Membantah Pencerobohan Masjid Am Aqsa anjuran PAS.


Bermula dengan laungan takbir, himpunan yang dipengerusikan oleh Pengarah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Kamaruzzaman Mohamad menjemput Naib Presiden PAS Dato Ir Iskandar Samad berucap.



Dalam ucapannya, Naib Presiden PAS ity mengecam tindakan jahat Israel laknatullah berterusan menceroboh Masjid Al Aqsa.


Turut senada mengecam tindakan itu President Muslim Care Zulkifli Wahijan yang mahu negara antarabangsa dan pertubuhan dunia segera mengambil tindakan ke atas Israel.

Lebih menambah seri himpunan, Pengarah Filem dan perlakon terkenal Adam Hamid diberi kesempatan berucap.

Dalam ucapannya beliau mahu seluruh umat Islam bersatu menyelamatkan kiblat pertama umat Islam itu.

Sambil menitiskan airmata, beliau mengecam sikap membisu negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang masih berdiam diri terhadap kebiadaban Israel itu.

Himpunan masih berlangsung dengan ucapan Presiden Geng Ustaz Ustaz Norazli Musa dan disambung oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat Wan Hasrina Wan Hassan.


Jam 230 petang Timbalan Ketua DPPM Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyampaikan amanat.

Hari ini majidil Aqsa dalam bahaya, apa yang berlaku di serata dunia Islam tetapi isu atau ibu kepada dunia Islam adalah isu Palestine, " katanya.

Himpunan pada hari ini saksi kepada Allah bahawa kita bersama dengan saudara di Palestin kata beliau sambil menyifatkan kebersamaan membebaskan Palestin.

Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh pula memulakan ucapan dengan menyebut sejarah Islam membuktikan Islam.memberi keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.

Namun pemerintah bukan Islam tidak pernah adil kepada Islam, malah isu di Palestine bukti bahawa umat Islam ditindas.

Kata beliau kesengsaraan umat Islam Palestin adalah luka umat Islam di negara ini juga.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Dr Mahfodz Mohamad berucap dan menyebut bahawa Al Aqsa disebut Allah kerana kemuliaan Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam.

Di sini kata beliau PAS bersama dengan rakyat Malaysia bersolidariti dengan umat di Palestin.

Masjidil Aqsa diceroboh Israel Laknatullah dan beliau meminta semua peserta himpunan bersolat hajat memohon pertolongan Allah dalam menyelamatkan Aqsa

Beliau menamatkan ucapan dengan laungan takbir membelah bingit langit petang Kuala Lumpur

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz pula sedang berucap dengan menyatakan tentang sirah kewujudan Bani Israel.

Kata beliau Israel menceroboh Palestin sejak puluhan tahun lamanya dengan membunuh umat Islam di sana dan merampas tanah selain Aqsa dirampas sedikit demi sedikit.

Menjadi tanggungjawab umat Nabi Muhammad SAW untuk bersatu membebaskan Aqsa kata beliau lagi.

Sebelum himpunan ditutup, Ustaz Kamaruzaman menjemput Dr Mahfozd membacakan doa dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan pihak keselamatan yang menjaga lalulintas

0 comments: