Jangan hanya turun, tetapi siapkan segera

KENYATAAN MEDIA NGO GENERASI
24 OKTOBER 2015

Jangan hanya turun, tetapi siapkan segera

Bismillahirahmanirrahim...

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak dalam Bajet 2016  hari ini bahawa harga rumah generasi kedua Felda diturunkan dari RM90,000 kepada RM70,000 disambut baik.

Ia mampu mengurangkan beban kepada Anak Felda yang mahu memiliki rumah di bawah skim ini.

1: Kebanyakan Anak Felda yang memohon skim perumahan ini adalah dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan. Pengumuman ini suatu khabar gembira, namun ia harus dilaksanakan tanpa ada perubahan selepas ini dengan alasan pelbagai.

2: Kami NGO Generasi mengharapkan kerajaan khasnya Felda bukan sekadar mengumumkan pengurangan harga, sebaliknya harus memastikan rumah yang dibina berkualiti dan memenuhi specifikasi yang ditetapkan sebelum ini.

3: Kami mendesak dengan pengumuman ini, kerajaan khasnya Felda segera mengarahkan kontraktor menyiapkan projek-projek yang terbengkalai sebelum ini khasnya di kawasan yang telah kami kenalpasti antaranya Jengka 11 Pahang,  Pasir Besar Negeri Sembilan, beberapa Felda di Terengganu, dan di Selangor.

4- Dengan pengumuman ini juga ia membawa makna bahawa kerajaan boleh membina lebih banyak rumah berbanding yang dijanjikan 20,000 unit seperti sebelum ini dengan hanya 8750 sahaja yang siap.

5- NGO Generasi mengharapkan kerajaan tidak memungkiri janji dan dana RM1.4 bilion yang diumumkan sebelum ini oleh Tan Sri Isa Samad digunakan untuk memperbanyakkan lagi unit rumah agar lebih ramai yang dapat memiliki rumah ini.

Sekian..

"MEMANGKIN IMPIAN GENERASI"

"ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden GENERASI

0 comments: