Kehebatan Anak Yang Soleh


Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak Pas Pusat

TINTA ULAMAK ( Siri 13 )
Kehebatan Anak Yang Soleh
29 Zulhijjah 1436 H/ 13 Oktober  2015M

 Allah berfirman Surah At Thur ayat 21 :
Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya
 Didikan yang sempurna kepada anak-anak mampu menjadi saham kebaikan buat ibubapa dan ahli keluarganya. Justeru warnailah kehidupan zuriat kita dengan kefahaman Islam agar dapat mewarisi perjuangan Islam dan menyampaikannya kepada masyarakat kelak.
Demikianlah kurniaan Allah yang diberikan kepada anak keturunan kerana keberkahan amal perbuatan orang tua mereka. Sedangkan kurniaannya yang diberikan kepada para orang tua disebabkan oleh berkah doa anak keturunan mereka.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada  Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah akan meninggikan darjat bagi seorang hamba yang soleh disyurga lalu ia berkata: wahai rabbku dari mana aku mendapatkan ini? Maka Allah menjawab: Dengan istighfar (permohonan ampun) anakmu untukmu. (HR. Ahmad)
Kesimpulan dari hadis bermakna amat penting seorang mukmin meninggalkan keturunan yang soleh dalam membantu kehidupan diakhirat.

Disediakan oleh:
Ustaz Khalid Nayan
AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS  Pusat

0 comments: