Khutbah Jumaat: Janji Syurga dan Janji Kemenangan Dunia

Janji Syuga Dan Janji Kemenangan Dunia
Khutbah Jumaat
Janji Syurga dan Janji Kemenangan Dunia

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، الۡمَبۡعُوثُ رَحۡمَةً لِلۡعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدۡوَتِنَا مُحَمَّدٍ، إِمَامِ الۡمُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الۡمُجَاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ وَالتَّابِعِينَ بِإِحۡسَانٍ إِلَى يَوۡمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعۡدُ:
فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى، فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُونَ.


Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintahmya dan meninggalkan segala larangannya). Carilah bekalan , maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (bagi kehidupan dunia sehingga hari akhirat) ialah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa.

Saudara muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita mempeingati peristiwa yang berlaku dizaman Rasulullah S.A.W menghadapi tekanan dan penindasan yang dasyat sehingga banyak orang-orang tidak percaya islam yang dijanjikan kemenangan didunia dan diakhirat dibuktikan kenyataan oleh Allah S.W.T. Pada masa itu lahirnya satu kumpulan islam yang sanggup menyahut tawaran Allah S.W.T yang di sebut didalam Al-Quran Al-Qarim:


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ [سورة الـصّـف : ١٠-١٣]
Maksudnya: wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab siksaan yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya, serta berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam taman-taman yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik didalam syurga Adnin. Itulah kemenangan yang besar. Dan Ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dann sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Apabila Rasulullah S.A.W ditemani sahabatnya Abu Bakar As-Sidiq R.A melawat kemah pemimpin –pemimpin arab yang mengerjakan haji, kerana ibadat haji adalah ibadat yang ditunaikan sejak Ibrahim A.S membuka Mekah Al-Mukaramah, mendirikan Kaabah dan melaungkan seruan Allah supaya manusia menunaikan haji sehingga haji ditunaikan dizaman jahiliah dikalangan orang-orang musyrikin yang belum beriman dan kuat menentang Islam. Apabila nabi S.A.W melawat pemimpin –pemimpin kabilah arab dikemah masing-masing menawarkan kepada meraka perniagaan yang dijanjikan oleh Allah, iaitu Allah hendak membeli dari mereka harta dan diri mereka.

إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ [سورة التوبة : ١١١]
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga.

Allah berjanji untuk membayar dengan syurga dan janji kemenangan didunia. Oleh kerana janji Allah ini janji yang ghaib, yang tidak dapat dilihat dengan mata, sama ada janji dunia ataupun janji akhirat, perkara pahala, fadilat dan berkat adalah perkara yang dijanjikan oleh Allah hanya diyakini oleh orang-orang yang beriman apabila diturunkan perniagaan oleh Allah bersedia masuk islam serta bersedia menjual harta dan diri kepada Allah. Allah menurunkan keuntungan yang besar didunia dan akhirat.

Kebanyakkan pemimpin arab menolak dan tidak menerima tawaran itu. Ada yang menolak dengan keras, ada yang menolak dengan lembut, ada yang percaya benarnya Islam, Islam adalah kebaikan, tetapi teragak-agak untuk terima tawaran dari Allah S.W.T. Mereka dipilih oleh Allah mendapat hidayah (petunjuk) , mereka mencari kebenaran. Benarlah firman Allah Ta’ala:

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٦٩ [سورة العنكبوت : ٦٩]
Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami (yang menjadikan mereka gembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membahagikan amalannya.

Apabila tawaran ini dikemukakan kepada pemimpin Aus dan Kharaj, mereka dengan hati terbuka dengan penuh keyakinan. Maka berlakulah akad baiah yang terkenal, iaitu baiatul Ridhuan (perjanjian aqobah). Baiah adalah jualan dari Allah S.W.T dengan tawaran apabila orang-orang yang beriman itu menurunkan kepada Allah dengan tawaran diri dan hartanya. Allah membeli, Allah tidak berhajat kepada harta dan tidak berhajat kepada hamba-hambanya, tetapi hamba yang berhajat kepada Allah.

Apabila yang berlaku adalah ujian dari Allah S.W.T. mereka diajak melakukan baiah atau melakukan jualan iaitu jualan dari Allah iaitu Islam, sanggup menegakkan Islam, dibayar dengan diri dan harta benda. Maka berlakulah akad baiah itu yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W:

تُبَايِعُونِى عَلَى السَّمۡعِ وَالطَّاعَةِ فِى النَّشَاطِ وَالۡكَسَلِ وَعَلَى النَّفَقَةِ فِى الۡعُسۡرِ وَالۡيُسۡرِ وَعَلَى الۡأَمۡرِ بِالۡمَعۡرُوفِ وَالنَّهۡىِ عَنِ الۡمُنۡكَرِ وَعَلَى أَنۡ تَقُولُوا فِى اللَّهِ لَا تَأۡخُذُكُمۡ فِيهِ لَوۡمَةُ لَائِمٍ وَعَلَى أَنۡ تَنۡصُرُونِى إِذَا قَدِمۡتُ يَثۡرِبَ فَتَمۡنَعُونِى مِمَّا تَمۡنَعُونَ مِنۡهُ أَنۡفُسَكُمۡ وَأَزۡوَاجَكُمۡ وَأَبۡنَاءَكُمۡ وَلَكُمُ الۡجَنَّةُ. [رواه امام احمد]
Maksudnya: kamu berbaiah (berjanji) kepadaku atas dasar dengar dan taat pada masa rajin dan malas, atas dasar bernafakah (bersedia untuk berlanja) pada masa senang dan susah, atas dasar menyuruh yang maaruf dan mencegah keungkaran, atas dasar berkata benar tanpa menghiraukan celaan orang yang mencela, dan atas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepadamu, kamu mempertahankanku sebagaimana kamu mempertahankan diri, istiri dan anak-anak kamu. Bagi kamu diberikan syurga. 

.
Maka berlakulah baiah yang terkenal, perjanjian untuk menyerahkan harta dan diri untuk mempertahankan Islam. Maka berlakulah peristiwa hijrah yang terkenal yang menjadi titik tolak kepada sejarah Islam, tegaknya Negara yang mendaulatkan syariat Allah. Peristiwa yang dicatat menjadi perkiraan tahun bagi umat Islam, berbeza dengan bangsa-bangsa lain, tahun-tahun mereka diambil daripada tarikh lahir pimpinan, Rasul atau Nabi yang dipuja, hari kemerdekaan dan kemenangan dimedan perang. Peristiwa Islam ialah peristiwa baiah yang telah menciptakan hijrah menjadi titik tolak yang penting, peristiwa yang dipuji oleh Allah S.W.T didalam ayat-ayat yang banyak.


أَعُوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَانِ ٱلرَّجِيمِ.
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٣٣ [سورة التوبة : ٣٣]
.
Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam) , untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.


بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ فِي ٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ.
18 ذوالحجة 1436 (02/10/2015)


Layari Website DUPP

Like & share FB DUPP

0 comments: