PAS LIBARAN SANTUNI ASNAF (JEJAK ASNAF PAS LIBARAN)

JEJAK ASNAF PAS LIBARAN


SANDAKAN, 10 OKT - PAS Kawasan Libaran mengadakan Program Jejak Asnaf PAS Libaran di Kg. Pengkalan Tengah Gum Gum Batu 16, Sandakan pagi ini.


Beberapa wakil PAS Libaran yang diketuai Sdr Nasruddin Lahapin selaku Ketua Pemuda berasa terpanggil untuk membantu nasib rakyat di kawasan pedalaman di sini.


Sebanyak dua buah rumah yang dikunjungi untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian bagi meringankan beban asnaf-asnaf tersebut. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pemuda, Sdr. Nasruddin Lahapin.Selain itu, Nasruddin juga sempat mendengar rintihan masalah yang mereka hadapi dalam menjalani kehidupan seharian.


Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh dalam kita menjalani kehidupan pastinya ada yang gembira dan ada yang berduka cita. Namun kesedaran perlu disuntik dalam jiwa kita agar menyedari peri-pentingnya sifat bantu-membantu ini. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

0 comments: